web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MPI Alu Inisiatif Kerajaan Jaga Kebajikan Pengamal Media

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 5:44PM

Dr Chamil Wariya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Institut Akhbar Malaysia (MPI) mengalu-alukan keputusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menjaga kebajikan wartawan atau pengamal media yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan sepanjang pandemik COVID-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya, penubuhan ini perlu disegerakan kerana menurut Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), sekitar 3,000 pengamal media hilang pekerjaan akibat gangguan digital dan COVID-19, sejak dua hingga tiga tahun lalu.

“Saya amat mengalu-alukan  keputusan tersebut yang diumumkan Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin, bagi menubuhkan sebuah yayasan untuk menjaga kebajikan mereka yang terjejas,” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan memberikan peruntukan secukupnya bagi memastikan yayasan terbabit berfungsi dengan lebih berkesan.

Selain daripada penubuhan yayasan, MPI turut memohon kerajaan menyediakan pakej rangsangan bagi membantu organisasi media yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Ini penting, kerana jika tidak dibantu, lebih ramai pengamal media akan kehilangan pekerjaan malah ada entiti media terpaksa menghentikan operasi,” katanya.

Chamil berkata, kerajaan juga boleh menimbangkan kemungkinan untuk mewujudkan pakej rangsangan berbentuk pengurangan cukai korporat, pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas media, selain pembelian ruang iklan secara agresif bagi menyebarkan mesej kepada khalayak ramai.

“Pakej rangsangan ini penting untuk memastikan media tempatan kekal sihat dari segi ekonomi dan kewangan, bagi membolehkan mereka memainkan peranan sebagai penyedia maklumat yang sahih dalam memerangi berita-berita palsu.

Baru-baru ini, Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) tampil dengan inisiatif khusus membantu petugas media yang terkesan, selepas sekian lama nasib mereka terbiar tanpa pembelaan, walaupun berdepan tugasan penuh risiko.

Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan berkata, pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan dan dana daripada pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pengamal media yang terjejas akibat pandemik ini. - Getaran, 11 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi