web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Hotspot’ Produksi Antarabangsa, FINAS Rancang Buka Studio Di Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 12:46PM

Gambar: Instagram Ahmad Idham

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Melihat kepada potensi besar yang dimiliki Sabah apabila menjadi pilihan banyak produksi antarabangsa, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan membina infrastruktur yang lebih kukuh untuk merancakkan pembangunan industri kreatif negeri itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri percaya kemudahan yang dirancang untuk Negeri Di Bawah Bayu itu akan membantu lebih ramai penggiat seni menghasilkan lebih banyak kandungan kreatif. 

“Pada masa yang sama, dapatlah kita mengintai peluang untuk bekerjasama dengan mana-mana produksi antarabangsa memandangkan Sabah selalu menjadi pilihan penggambaran produksi luar negara,” tambahnya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Sebelum ini FINAS memang mempunyai cawangan di Sabah namun hanya tertumpu kepada penguatkuasaan dan teknikal sahaja. Kini, FINAS bakal membina kompleks dengan kelengkapan pejabat dan studio dalam tempoh tiga tahun ini. 

“Ramai penggiat seni di Sabah mengadu terpaksa terbang ke Kuala Lumpur untuk berurusan. Bukan itu sahaja, kita juga sukar untuk beri latihan kepada penggerak seni kreatif di Sabah,” terangnya lagi.

Terdahulu, FINAS pernah melaksanakan agenda yang sama dengan menyediakan kemudahan studio dan produksi yang terletak di Kuching, Sarawak. Penggiat seni boleh menyewa kelengkapan dan kemudahan yang disediakan perbadanan itu.

“Kita boleh lihat pembangunan industri kreatif di Sarawak sudah stabil. Jadi kami merancang untuk melakukan perkara yang sama di Sabah pula,”katanya lagi.

Proses perlaksanaan pembangunan infrastruktur ini akan dilakukan sebaik sahaja pandemik mereda memandangkan pada masa kini perbadanan itu sibuk memberi fokus kepada penggiat seni yang terkesan akibat COVID-19. - Getaran, 12 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka