web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Melaka Benar 500 Orang Solat Berjemaah Di Masjid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 9:00AM

Para jemaah mendengar Khutbah Jumaat di Masjid Al-Alami dekat Ayer Keroh, pada 15 Jan. Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka membenarkan maksimum 500 orang untuk menghadiri solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat bermula esok, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata kebenaran menunaikan solat sehingga kapasiti maksimum 500 jemaah itu adalah antara perkara yang ditambah baik selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melaka dilanjutkan sehingga 4 Feb depan.

"Jumlah kehadiran untuk aktiviti yang dibenarkan adalah maksimum 500 jemaah bagi masjid kerajaan, maksimum 250 jemaah bagi masjid kariah dan institusi dan maksimum 75 orang bagi surau dengan kesemuanya tertakluk kepada penjarakan fizikal satu meter.

"Bagi mendoakan keselamatan serta agar negeri Melaka dan Malaysia dilindungi daripada wabak penyakit, masjid dan surau dikehendaki mengadakan solat hajat dan membaca qunut nazilah selepas solat Jumaat selama tiga minggu bermula dari Jumaat, 29 Jan 2021," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sulaiman berkata antara perkara lain yang dibenar dilakukan di masjid ialah kuliah Maghrib serta bacaan surah Yassin dan tahlil pada hari Khamis malam Jumaat manakala penceramah dari luar Melaka masih belum dibenarkan berceramah serta kuliah dan program selain kuliah Maghrib hendaklah ditangguhkan.

Beliau berkata selain itu, perkhidmatan permohonan kebenaran berkahwin, temu duga perkahwinan Islam, pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk serta urusan pentadbiran yang berkaitan seperti carian sijil nikah, cerai dan rujuk akan dibuka melalui janji temu manakala perkhidmatan khidmat nasihat dan runding cara kekeluargaan akan dijalankan secara dalam talian atau bersemuka melalui janji temu. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang