web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Video Viral Di Media Sosial, Baru Wanita Terima Bantuan Untuk Ibu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 5:53PM

Pegawai Baitulmal Daerah Hilir Perak menyampaikan bantuan segera kepada Diwiyana.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Selepas video meluahkan rasa kekecewaan apabila gagal mendapat bantuan untuk ibunya yang terlantar sakit tular di media sosial, barulah pelbagai pihak hari ini hadir bagi memberikan bantuan.

Rakaman video di aplikasi TikTok seorang wanita yang menggunakan nama @dyanamohammed3 itu tular sejak semalam, selepas dia meluahkan kekecewaannya terhadap beberapa badan kerajaan kerana gagal memberikan bantuan untuk ibunya.

Lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa pegawai bertugas memberitahu borang dihantarnya hilang dan perlu dihantar semula.

Tiada pilihan lain, dia akhirnya mengambil keputusan untuk meluahkan kekecewaannya di aplikasi TikTok sebelum video berkenaan tular di beberapa media sosial.

Bagaikan dilanda keajaiban, rumah wanita terbabit hari ini dikunjungi pelbagai pihak, antaranya Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak yang diketuai Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri.

Diwiyana menunjukkan keadaan ibunya yang terlantar sakit kepada pegawai Baitulmal yang hadir.
Diwiyana menunjukkan keadaan ibunya yang terlantar sakit kepada pegawai Baitulmal yang hadir.

Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sudah memberikan bantuan segera kepada keluarga wanita berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrul Azam Shaari, berkata, bantuan berjumlah RM300 yang diberikan itu disampaikan oleh Pegawai Baitulmal Daerah Hilir Perak.

Menurut Shahrul Azam, wanita berkenaan, Diwiyana Mohammed, 37, sebelum ini menetap di Cheras, Kuala Lumpur dan telah berpindah untuk menetap di rumah ibu mentuanya di Teluk Intan sejak 2019.

Katanya, pada 3 Februari lalu, Pejabat MAIPK Daerah Hilir Perak telah menerima permohonan bantuan daripada suami Diwiyana.

“Bantuan bulanan termasuk untuk ibu pengadu yang terlantar sakit akan diberkan setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Darah Hilir Perak,” katanya. - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki