web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Finas Akan Laksana MyCAP Menuju ‘Road to OSCARS’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 7:56AM

MyCAP antara lain bertujuan menyelaras pembangunan kapasiti modal insan bagi industri kreatif.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan melaksanakan Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP), yang antara lain bertujuan menyelaras pembangunan kapasiti modal insan bagi industri kreatif.

FINAS dalam satu kenyataan berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Perbadanan FINAS Bil. 3/2021 yang telah dipengerusikan Pengerusi FINAS Zakaria Abdul Hamid.

Menurutnya inisiatif itu dilaksanakan untuk menyediakan pengumpulan data yang menyeluruh berkaitan industri kreatif melalui platform khusus melibatkan penilaian, pengiktirafan dan penyaluran data berkaitan pemain industri, persatuan dan syarikat dengan skop bidang yang lebih luas.

“Pelaksanaan MyCAP juga bertujuan meningkatkan profesionalisme penggiat industri kreatif bagi memenuhi aspirasi ‘Road to OSCARS’. Sesi libat urus Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bersama penggiat industri juga akan diadakan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, FINAS memandang serius akan isu berkaitan aktiviti cetak rompak di platform digital dan sentiasa komited dalam menyokong usaha Jawatankuasa Pembanterasan Cetak Rompak Digital untuk bertindak lebih agresif bagi membanteras aktiviti itu.

“FINAS juga mengambil maklum akan proses akhir bagi kelulusan penambahbaikan pelaksanaan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia - Film In Malaysia Incentive (FIMI) dan akan diumumkan kepada penggiat industri kreatif kelak bertujuan membantu penggiat industri dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki