web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MAIS, JAIS Perlu Pertahan Akidah Umat Islam - Sultan Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 10:05PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar dari Facebook Selangor Royal Office

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor menitahkan Majlis Agama Islam (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) agar sentiasa memelihara dan mempertahankan akidah umat Islam di negeri tersebut dari unsur dan ideologi yang boleh merosakkannya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah,  baginda “amat dukacita” dengan sikap dan tingkah laku segelintir umat Islam di Selangor yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata sehingga boleh menjejaskan akidah mereka.

Menurut kenyataan Setiausaha Sulit baginda, Datuk Lela Bakti Datuk Mohamad Munir Bani, baginda memandang serius tindakan umat Islam yang mengugut keluar dari Islam apabila berdepan dengan sesuatu masalah.

Walaubagaimanapun, baginda turut menasihati Mais dan Jais untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan berlandaskan prinsip undang-undang.

"Baginda turut menitahkan agar semua tindakan dibuat oleh MAIS dan JAIS hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip yang mendukung keutamaan dakwah, mendidik, mencegah dan meningkatkan kefahaman Islam kepada masyarakat.

“Kita sebagai umat Islam dan rakyat di negara ini khususnya di Selangor seharusnya akur kepada proses undang-undang dan mematuhi setiap prosedur yang telah digariskan di bawah undang-undang,” katanya.

Baginda juga, kata Munir, sangat berpegang kepada keyakinan bahawa Islam dan iman adalah satu anugerah serta nikmat dari Allah S.W.T. kepada umat Islam.

“Maka hendaklah kita menjaganya dengan baik dan penuh kesabaran dalam apa juga situasi termasuk dalam keadaan selesa atau kepayahan.

“MAIS dan JAIS sentiasa terbuka untuk mendengar dan berbincang dengan umat Islam di negeri Selangor ini atas sebarang perkara mengenai hal ehwal Islam, sama ada yang bersifat umum atau peribadi,” katanya. – Getaran, 16 Mac 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki