web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Solat Tarawih Dibenarkan Di Seluruh Wilayah Persekutuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 6:01PM

Ajib berkata JAWI akan mengeluarkan pekeliling berhubung perkara itu yang akan berkuatkuasa esok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua masjid di seluruh Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk melaksanakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan nanti.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, keputusan tersebut dibuat atas persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pelaksanaan solat tarawih dan solat Jumaat di Wilayah Persekutuan mengikut kapasiti masjid ataupun surau dengan penjarakan 1.5 meter.

“Ini merupakan satu peluang dan keputusan baik kepada umat Islam di sekitar Wilayah Persekutuan untuk bersama-sama menunaikan solat tarawih dan solat Jumaat sebaik mungkin.

“JAWI akan mengeluarkan pekeliling berhubung perkara itu yang akan berkuatkuasa 18 Mac esok,” katanya kepada media  pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, selain solat tarawih dan solat jumaat, solat hajat, bacaan yasin, doa munajat serta tahlil setiap malam Jumaat juga turut dibenarkan, tetapi perlu mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Tahun lalu, kita tidak dapat melaksanakan solat tarawih di masjid dan surau, jadi peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin tetapi pada masa sama, mereka perlu mengikuti SOP bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Bagi memastikan aktiviti solat di masjid ini berjalan dengan lancar, JAWI menyediakan satu jawatankuasa khas dengan meletakkan petugas lelaki dan wanita di setiap pengurusan masjid serta surau,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang ditemui ketika menyempurnakan Majlis Serahan Sumbangan kepada pemandu e-hailing dan teksi berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan kehadiran pemandu teksi untuk mengimarahkan masjid serta surau yang ada sepanjang ia dibenarkan beroperasi.

Mohd Ajib berkata, 300 daripada 500 penerima sumbangan terbabit terdiri daripada pemandu e-hailing dan pemandu teksi.

“Pihak JAWI dan MYCar akan bekerjasama menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama atau kepercayaan," katanya.

Semua bantuan itu jelas beliau lagi, terdiri daripada barangan keperluan harian seperti beras, minyak, tepung dan gula dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM40,000.

Sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat yang ditaja sepenuhnya oleh Mycar dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MyCar Mohd Noah Maideen dan Pengerusi Eksekutif MyCar , Datuk Noor Sheena Maideen. - Getaran, 17 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Arwah Jaafar Onn Sering Ingatkan Mengenai Solat

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Insentif RM20,000 Untuk Tandas 5 Bintang Di Masjid, Surau Wilayah Pereekutuan

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang