web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuai Ketika Memandu, Warga Emas Dipenjara 2 Tahun, Denda RM5,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 7:00PM

Tertuduh (dua dari kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah menyebabkan kemalangan maut membabitkan seorang lelaki, dua tahun lalu, di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Muhammad Larassa, 64, didakwa melakukan kesalahan itu sehingga menyebabkan kematian Efren Arojado Dizon, 46.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit di Jalan Merotai, dalam daerah Tawau pada 16 September 2019, jam 12.20 tengah hari.

Ketika kejadian, Muhammad didakwa memandu secara cuai kerana memasuki simpang secara melulu tanpa memastikan keadaan selamat terlebih dahulu, sehingga menyebabkan berlaku kemalangan dengan sebuah motosikal.

Akibat kecuaian itu, penumpang kenderaan yang dipandu tertuduh maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah.

Susulan kejadian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukumannya diringankan memandangkan kehidupannya yang susah selain mempunyai tanggungan dan berada dalam keadaan uzur.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Asisten Superintenden Joan Lee dalam hujahnya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat selepas mengambil kira kepentingan awam serta pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau Amir Shah Amir Hassan kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bermula hari ini dan denda RM5,000, atau tambahan hukuman penjara selama tiga bulan lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun bermula tarikh sabitan kesalahan. - Getaran, 17 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki