web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas MP, Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan Terbabit Pemburuan Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Mar 2021 8:44PM

Datuk Hazani Ghazali.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang bekas Ahli Parlimen ialah antara 14 lelaki yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pemburuan haram di kem pembalakan Hutan Simpan Sapulut, Kalabakan, Tawau, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 12.44 tengah hari itu, semua suspek ditahan Pasukan Khas Jabatan Perhutanan Sabah dan disertai badan bukan kerajaan (NGO) Pasukan Danum Maliau Imbak.

Turut ditemui, lima bangkai haiwan liar termasuk babi hutan dan rusa yang dipotong kepada beberapa bahagian.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, pihak berkuasa dalam operasi tersebut turut merampas beberapa laras senjata api dan lima buah kenderaan pacuan empat roda.

“Empat daripada suspek ditahan adalah pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya memberi jaminan siasatan telus akan dilakukan oleh PDRM ke atas pegawai serta anggota terbabit dan kami masih menunggu laporan penuh siasatan Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan Jabatan Perhutanan,” katanya.

Hazani turut menasihati orang ramai agar menghentikan sebarang bentuk penyebaran berita palsu atau spekulasi yang boleh mencemarkan nama PDRM di Sabah.

“Tindakan tegas boleh dikenakan terhadap sebarang penyebaran berita palsu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah Jenayah) dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya, memberi amaran. - Getaran, 17 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

3

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

4

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah