web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dera Kanak-Kanak, Wanita Indonesia Dipenjara 2 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 2:50PM

Tertuduh, Ellis Andreyani, 47 (bertudung hitam) berjalan diiringi polis di Mahkamah Sesyen George Town, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak berusia setahun pada tahun lalu.

Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ellis Andreyani, 47, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Ellis yang sudah tinggal di negara ini selama tujuh tahun didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Utama Minden Heights, Gelugor, antara jam 10 pagi hingga 3 petang pada November tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, mahkamah turut menayangkan semula rakaman video yang memaparkan Ellis mendera kanak-kanak berkenaan, dan tertuduh mengesahkan bahawa kejadian itu adalah benar.

“Saya minta maaf, saya janji tidak akan mengulanginya lagi. Saya mohon dikurangkan hukuman,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid memohon mahkamah memberi hukuman yang setimpal sebagai pengajaran serta iktibar kepada tertuduh dan masyarakat.

“Rakaman video itu jelas menunjukkan tertuduh melakukan kesalahan mendera. Sebagai seorang penjaga, tertuduh sepatutnya menjaga kanak-kanak itu dengan baik dan penuh kasih sayang, bukannya dipukul”.

Mazdi kemudiannya menetapkan Ellis perlu menjalani hukuman penjara selama dua tahun, bermula dari tarikh tangkapan pada 8 Disember 2021.

Sebelum ini, tular sebuah klip video di Twitter mengenai seorang wanita yang dipercayai pengasuh menampar pipi seorang kanak-kanak yang hanya memakai lampin dengan kuat termasuk menarik tangan kanak-kanak terbabit.

Pemilik akaun Twitter tersebut turut mendakwa laporan polis sudah dibuat tetapi tiada tindakan diambil kerana polis mendakwa wanita berkenaan mengalami masalah mental.

Difahamkan, Ellis sebelum ini sedang menjalani hukuman di bawah Akta Imigresen di Depoh Tahanan Imigresen di Juru kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah