web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berhati-Hati Pinjamkan Telefon, Scammer Sasar Pemandu E-Hailing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 3:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Bang, boleh saya pinjam telefon untuk hubungi isteri? Telefon saya tertinggal di rumah.”

Itu modus operandi baharu sindiket penipuan yang dikesan menyasarkan pemandu e-hailing sebagai mangsa, untuk membeli token melalui aplikasi perjudian atas talian.

Taktik licik itu bagaimanapun terbongkar apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima aduan daripada pemandu e-hailing yang menjadi mangsa penipuan terbabit.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata modus operandi penjenayah ini adalah dengan membuat tempahan e-hailing sekitar Lembah Klang.

Katanya, sebaik menaiki kenderaan, suspek kemudian akan meminta pemandu untuk berpatah balik dengan memberikan alasan telefon bimbitnya tertinggal di rumah.

“Dalam perjalanan berpatah balik, suspek meminta untuk meminjam telefon bimbit pemandu kononnya untuk menghubungi isteri atau rakannya di rumah, namun memaklumkan tidak berjaya menghubungi individu berkenaan.

“Suspek kemudian menyerahkan semula telefon bimbit kepada pemandu sebelum turun dari kenderaan sebaik berpatah balik dan meminta pemandu untuk menunggu sehingga dia kembali,” katanya kepada Getaran.

Zainuddin berkata, kelibat suspek lazimnya tidak lagi kelihatan selepas itu, malah dia juga gagal dihubungi.

“Pemandu e-hailing hanya menyedari bahawa dirinya sudah diperdaya apabila memeriksa bil telefon atau menerima mesej pesanan ringkas (SMS), yang memaklumkan bahawa terdapat pembelian sehingga RM500 atau lebih untuk token dalam aplikasi judi atas talian.

“Setakat hari ini, JSJK sudah menerima lima laporan berhubung taktik ini dengan menggunakan modus operandi sama,” katanya.

Susulan insiden, Zainuddin menasihatkan supaya pemandu e-hailing untuk berhati-hati dengan penumpang yang mahu meminjam telefon bimbit mereka atas apa jua alasan, bagi mengelakkan diri mereka terjebak menjadi mangsa seterusnya.

“Pemandu e-hailing atau mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa terhadap modus operandi sebegini diminta untuk tampil membuat laporan, walaupun nilai kerugian itu terlalu sedikit,” katanya.

Zainuddin memberitahu, polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kegiatan ini dan tindakan susulan akan dilakukan dalam masa terdekat. - Getaran, 18 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah