web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Didakwa Mencabul, Polis Siasat Ahli Politik Pantai Timur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 2:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan wanita tidak menyangka, niat murni membenarkan rakan baik suaminya bermalam di kediaman mereka bertukar menjadi mimpi ngeri, apabila dicabul lelaki terbabit.

Mangsa yang berusia 48 tahun dalam laporan kepada polis memberitahu, insiden menakutkan itu berlaku sekitar Julai atau Ogos tahun lalu, di kediamannya di Taman Bukit Melawati di sini.

Menurut laporan, suspek yang juga seorang ahli politik dikatakan datang melawat bersama isterinya, sebelum memutuskan untuk bermalam di sana.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Esha berkata, suami mangsa turut berada di rumah ketika kejadian.

Beliau memberitahu, mangsa sedang tidur di ruang tamu rumah berkenaan di tingkat satu, apabila tersedar kerana merasai dicium, dengan payu daranya turut diramas oleh suspek.

"Setelah suspek menyedari mangsa tersedar dari tidur, suspek terus turun ke bawah untuk pulang ke rumah bersama isterinya," katanya hari ini.

Mohamad Farouk menarik perhatian, mangsa selama ini takut untuk membuat sebarang aduan, kerana bimbang hubungan persahabatan mereka akan terjejas akibat insiden terbabit.

"Mangsa juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana kedudukan suspek sebagai ahli politik berpengaruh di sebuah negeri Pantai Timur," katanya.

Susulan laporan, polis jelas Mohamad Farouk menjalankan siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana daripada dua hukuman itu," katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat. - Getaran, 21 Mac 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki