web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Guru Kontrak Diselesai Segera - Mohd Radzi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 3:15PM

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu perkhidmatan guru kontrak (COS) ambilan Jun 2020 yang akan tamat pada Jun hadapan akan diberi perhatian dan diselesaikan segera oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi media sosialnya mengarahkan supaya isu terbabit diberi perhatian serius agar tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

Jelasnya, kegusaran guru yang akan tamat kontrak COS itu dibangkitkan menerusi ruangan komen di laman media sosial beliau baru-baru ini dan ia sememangnya berada dalam perhatian beliau.

“Saya telah arahkan supaya perkara ini diberi perhatian dan diselesaikan segera. Perkara ini sememangnya saya pandang serius.

“KPM dan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa,” katanya menerusi hantaran di Twitter miliknya, hari ini.

Dalam pada itu Mohd Radzi berkata, pengumuman mengenai perkara tersebut akan dibuat selepas proses berkenaan selesai.

Katanya, KPM sentiasa prihatin mengenai apa sahaja perkara yang dibangkitkan masyarakat tentang pendidikan.

“KPM sentiasa prihatin akan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh masyarakat tentang pendidikan.

“Terkini, perkara berkaitan kegusaran guru yang akan tamat kontrak COS mereka pada Jun 2022.

“KPM juga komited untuk melakukan yang terbaik demi kesejahteraan pendidikan generasi pewaris negara,” katanya. - Getaran, 4 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Radzi Jidin Nafi Terbabit Rasuah, Bekas Setiausaha Politik Direman 4 Hari

2

Politik 1 tahun yang lalu

Ganggu PM Bentang Penggulungan, Radzi 'Koyak' Dihalau Speaker

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan 3 Pemimpin PN Tak Hadir Soal Jawab PM Tidak Berasas

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Sejak Bila Mantan Menteri Ada Kemudahan Kereta?’ - Radzi Soal Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad