web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Remaja Terbabit Nahas Maut Akan Dikenakan Tindakan Tegas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 5:11PM

Ka Siong berkata tindakan juga akan dikenakan terhadap ibu bapanya yang merupakan pemilik MPV tersebut. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tindakan tegas akan diambil terhadap seorang remaja berusia 16 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) dan merempuh pekerja pemotong rumput sehingga maut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata, tindakan juga akan dikenakan terhadap ibu bapanya yang merupakan pemilik MPV tersebut.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku atas kecuaian ibu bapa remaja berkenaan yang membiarkan MPV tersebut dipandu sehingga mendatangkan kematian.

“Dalam kes ini memang berlaku kecuaian. Mereka membiarkan anak mereka tanpa lesen, tiada perlindungan memandu kereta.

“Kedua, sekiranya menyebabkan kecederaan mana-mana pihak, sama ada syarikat atau sesiapa yang bersabit akan dikenakan tindakan keras.

“Macam mana boleh bawa kereta? Undang-undang kita menjaga perlindungan pengguna jalan raya di luar sana,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa, warga Myanmar dikenali sebagai Cinglowpa, 20, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala, manakala rakan senegaranya yang berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh MPV ketika sedang berehat di bahu jalan.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Pintasan Semeling, dekat Sungai Petani, Kedah semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan berkata, remaja terbabit dipercayai memandu kenderaan itu tanpa pengetahuan bapanya.

Jelasnya, polis sudah mengambil keterangan daripada remaja terbabit yang sudah dibebaskan.

“Kertas siasatan kes sedang dilengkapkan dan kita akan merujuknya ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Setakat ini, ujian air kencing terhadap remaja berkenaan mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah,” katanya.

Zaidi menjelaskan, siasatan awal mendapati bapa remaja terbabit tiada di rumah kerana sedang menghadiri majlis perkahwinan.

“Kita difahamkan kunci kenderaan ditinggalkan di rumah dan kesempatan itu diambil remaja itu untuk memandu MPV terbabit tanpa pengetahuan bapanya.

“Setakat ini, siasatan mendapati remaja itu memandu laju sehingga hilang kawalan serta terbabas dan merempuh dua pokok, sebelum melanggar pula dua pekerja pemotong rumput yang ketika itu sedang berehat di bahu jalan,” katanya. - Getaran, 8 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: MCA Bantu Kempen Calon BN

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Kerana Mahu Jadikan Axia E ‘Kereta Rahmah’ Soal Keselamatan Diketepikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Loke Gagal Jawab Beberapa Soalan, Ini Mengecewakan - Ka Siong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi