web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Kerana Mahu Jadikan Axia E ‘Kereta Rahmah’ Soal Keselamatan Diketepikan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 9:00PM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meluahkan kebimbangannya mengenai kereta mampu milik, model baharu Perodua, Axia E yang tidak dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau Anti-Lock Braking System dan kawalan kestabilan elektronik (ESC).

Menurutnya, Perodua selaku syarikat pengeluar kenderaan itu tidak sepatutnya memandang ringan soal keselamatan semata-mata kerana ingin menjadikan sesebuah kenderaan mampu milik.

Tegas beliau, setiap kenderaan perlu dilengkapi teknologi ABS dan ESC demi  keselamatan pengguna dan orang ramai.

“Janganlah kita berkompromi apabila menyentuh soal keselamatan pemandu, penumpang termasuk pengguna jalan raya yang lain.

“Spesifikasi tertentu seperti ABS, ESC dan Agihan Brek Elektronik (EBD) iaitu subsistem kepada ABS dan ESC, tidak boleh diketepikan sama sekali hanya kerana mahu menjadikan kenderaan tersebut sebagai ‘kereta rahmah’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, tindakan syarikat pembuat kenderaan mengurangkan spesifikasi keselamatan pada kenderaan bukanlah penyelesaian.

“Kajian menunjukkan bahawa ESC dan teknologi anti-gelincir lain bagi kenderaan boleh menghalang kira-kira 40 peratus kematian dan pelanggaran daripada kemalangan akibat hilang kawalan.

“Itulah sebabnya Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah pentadbiran Tan Sri Liow Tiong Lai sebagai menteri sebelum ini mewajibkan semua kereta baharu memiliki ESC mulai 1 Jun 2018,” katanya.

Ujarnya lagi, sejak berdekad, ABS dan ESC terbukti sebagai teknologi penting yang dapat mengurangkan kemalangan dan semakin hari, kos untuk ciri tersebut juga berkurangan.

Susulan itu, beliau berharap agar Perodua meneliti semula model terbaharu berkenaan yang turut tidak dilengkapi central lock untuk mengunci keempat-empat pintu kenderaan secara automatik.

“Saya difahamkan bahawa spesifikasi Axia E adalah berdasarkan kelulusan yang diberikan di bawah NCAP pada tahun 2014.

“Tetapi zaman sudah berlalu, dan kita mempunyai pengetahuan serta kepakaran yang lebih baik dalam bidang ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kekurangan ciri keselamatan asas ini boleh menjadi rujukan akan datang yang membimbangkan untuk kenderaan kos rendah.

“Tidak mustahil pengilang akan menggunakan ini sebagai alasan untuk mengabaikan ciri-ciri keselamatan yang paling asas.

“Semasa saya menjadi Menteri Pengangkutan, kami mewajibkan ABS untuk motosikal atas 150cc.

“Adakah pengeluar akan mencari jalan untuk mengurangkan lagi kos motosikal baharu dan menghapuskan ABS?” soalnya.

Pada Khamis lalu, Perodua memperkenalkan Axia E pada harga RM22,000 (tanpa insurans) dan disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, ia juga sesuai untuk pemilik motosikal yang bercadang memiliki kenderaan baharu.

Perodua Axia E bertransmisi manual ini didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama lima tahun. – Getaran, 18 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: MCA Bantu Kempen Calon BN

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Loke Gagal Jawab Beberapa Soalan, Ini Mengecewakan - Ka Siong

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Anthony Balas Dakwaan Tiket Penerbangan Mahal: ‘Seperti Mengidam KFC, Tapi Ke McDonalds’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global