web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terpalit Kontroversi, Pengunduran Afifi Bukti Sultan Nazrin Tegas Pelihara Islam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 5:50PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengunduran Datuk Dr Afifi Al-Akiti yang menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Delapan Negeri Perak merangkap Penasihat Rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal Islam membuktikan ketegasan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memelihara agama Islam di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara ini juga menunjukkan Sultan Nazrin tegas dalam memastikan institusi Islam dan istana tidak dicemari.

Presiden PKR itu berkata, kepantasan Sultan Nazrin dalam isu tersebut telah meleraikan keresahan rakyat dan memelihara integriti institusi Islam sebagai agama rasmi.

“Saya ikuti perkembangan pengunduran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Delapan Negeri Perak merangkap Penasihat Rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal Islam daripada Datuk Dr Afifi al-Akiti, yang diulit kontroversi baru-baru ini.

“Menjunjung kasih atas kepantasan Tuanku Sultan Perak dalam meleraikan keresahan rakyat dan memelihara integriti institusi Islam.

“Ia juga membuktikan ketegasan Duli Tuanku dalam memastikan institusi Islam dan Istana tidak dicemari,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Pejabat Dewan Negara Perak menerusi kenyataan mengesahkan menerima surat pengunduran Afifi yang diulit kontroversi baru-baru ini.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Toh Amar Seri Diraja Datuk Seri Ayop Hashim, berkata warkah pengunduran diri daripada gelaran itu diutuskan Afifi bagi memohon perkenan Sultan Perak.

Kenyataan itu turut dilampirkan bersama gambar salinan warkah yang diutus Afifi kepada Dewan Negara Perak.

Menerusi warkah yang ditulis, Afifi mengakui pengundurannya berkait rapat dengan penularan foto di media sosial yang dilihat bertujuan mencemarkan namanya sejak dua minggu kebelakangan.

Menurut warkah itu, beliau memilih untuk tidak mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuskan perdebatan berpanjangan dan tidak memberi sebarang manfaat.

Afifi berkata, bahan-bahan yang ditularkan itu mempersoal kesesuaian peranannya dengan institusi istana serta mempertikaikan tanggungjawabnya dengan urusan hal ehwal agama Islam.

Afifi adalah Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau ialah rakyat Malaysia dan anak Melayu pertama serta satu-satunya individu ditawarkan jawatan tetap sebagai pensyarah pada usia 32 tahun di universiti terkemuka dunia berusia lebih 900 tahun itu.

Beliau turut dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan bermula 2018, selain turut tersenarai dalam ‘The World’s 500 Most Influential Muslims’, sejak 2010 atas jasa dan sumbangan diberikan.

Baru-baru ini, tular klip video menampilkan visual dari sudut tepi kelibat seorang lelaki bertopi, yang wajahnya mirip Afifi sedang diapit dua wanita dalam sebuah kelab malam. - Getaran, 16 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah