web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Taktik Terbongkar, KPDN & HEP Dan AKSEM Rampas 810 Kg Minyak Subsidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 4:53PM

Pegawai penguatkuasa KPDN&HEP memeriksa minyak masak bersubsidi yang dirampas di sebuah kondominium, di Kota Bharu, awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Taktik seorang lelaki menjadikan unit kondominium sebagai lokasi persembunyian minyak masak subsidi terbongkar, apabila premis berkenaan diserbu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) serta Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) awal pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN&HEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, kesemua minyak masak terbabit adalah dalam bentuk paket dengan berat keseluruhan 881 kilogram dan bernilai RM2,200.

"Barang kawalan bersubsidi ini ditukar dari kotak asal kepada kotak barangan lain,''

Menurut beliau, ketika ditahan lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa, kesemua minyak berkenaan disimpan untuk diagihkan sebagai bantuan buat orang ramai yang memerlukan.

"Modus operandi lelaki itu ialah menjadikan sebuah kondominium di atas sebuah pasar raya di bandar ini sebagai tempat transit sementara barang kawalan bersubsidi. 

"Barang kawalan bersubsidi ini ditukar dari kotak asal kepada kotak barangan lain termasuk air mineral, makanan dan barangan lain bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya hari ini.

Serbuan bermula jam 6 petang semalam itu adalah hasil risikan KPDN&HEP dan AKSEM selama seminggu.

Azanizam berkata, kesemua minyak berkenaan dipercayai diperoleh hasil pembelian daripada pasar raya, peruncit dan pemborong di sekitar Kota Bharu.

"Hasil rampasan berkenaan disita untuk tindakan lanjut dan kes disiasat lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya. – Getaran, 24 Mac 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

4

Semasa 7 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi