web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KJ Tabik Masih Ramai Rakyat Amalkan SOP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 7:14PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepatuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard COVID-19 walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan mengundang kekaguman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Senario ini katanya, membuktikan rakyat mempunyai kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik demi mengekang penularan COVID-19.

Beliau turut menafikan ramalan pelbagai pihak bahawa lonjakan kes harian bakal berlaku secara mendadak selepas sambutan Aidilfitri.

“Kita lihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan ke endemik, apabila berada di kawasan terbuka atau di luar masih lagi pakai pelitup muka.

“Ini bermakna masyarakat sudah tahu macam mana nak ‘hidup’ dengan COVID-19

“Mereka juga tahu sekiranya ada gejala, tidak keluar, tidak campur dan terus mengasingkan diri,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Asma Sedunia di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, selain pematuhan SOP yang baik dalam kalangan rakyat, kadar vaksinasi tinggi juga antara faktor yang turut mendorong kejayaan Malaysia membendung jangkitan COVID-19.

“Vaksinasi ini membantu mengurangkan kesan yang buruk (kepada pesakit COVID-19) dan kita tengok sekarang ini, hospital kita tidak lagi penuh dengan kes COVID-19.

“Keadaan ini membolehkan banyak kes lain dapat kita selesaikan sekarang bagi memberi tumpuan kepada asma dan penyakit serius yang lain,” katanya.

Jelasnya, tahap pematuhan tinggi yang ditunjukkan rakyat membolehkan pihak berkuasa khususnya Kementerian Kesihatan tidak lagi perlu menguatkuasakan undang-undang dengan memberikan kompaun seperti mana dilaksanakan sebelum ini.

“Kalau dilihat, ada negara lain lebih longgar dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sebab mereka lebih terbuka untuk tidak memakai pelitup muka selepas dibenarkan pemerintah.

“Namun, di Malaysia, walaupun SOP itu telah dilonggarkan di tempat awam, masyarakat masih tiada masalah untuk mengekalkan tabiat itu kerana mereka tahu, ia adalah perisai dalam mengekang penularan COVID-19,” katanya.

Dalam perkembangan lain Khairy berkata, KKM masih mengkaji kemungkinan memperkenalkan pembungkusan rokok tanpa logo jenama pengeluar.

Bagaimanapun jelasnya, pembungkusan tanpa logo itu tidak akan digazetkan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) dan ia memerlukan perbincangan terperinci dari pelbagai pihak serta pemegang taruh.

“Pelaksanaan bungkusan itu peraturannya akan datang kemudian selepas RUU yang berkenaan diluluskan, namun cadangan ini bukan sahaja memerlukan sesi libat urus dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kesihatan, tetapi juga pemilik premis.

“Sebagai contoh, larangan paparan (display ban). Mereka kena ubah suai kedai dan sebagainya yang melibatkan banyak pemegang taruh.

“Bila kita dah selesai kaji, sekiranya dipersetujui, kita akan buat keputusan,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi