web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Perlu Siap Siaga Walau PRU-15 Lambat Lagi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 5:04PM

Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diyakini akan membuat pertimbangan sebaiknya bersama ‘Top 5’ pemimpin UMNO walaupun berpendapat, sekarang bukan masa sesuai mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia disebabkan pelbagai faktor termasuk kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi yang tinggi.

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara ini mampu direalisasikan sekiranya pimpinan tertinggi UMNO mengutamakan kepentingan parti dan negara berbanding kepentingan peribadi.

“Saya percaya Perdana Menteri ada buat pertimbangan kerana perkara ini telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung (PAU) UMNO untuk berikan kuasa kepada lima pemimpin parti bagi menyusun strategi.

“Saya percaya ’Top 5’ akan buat keputusan terbaik seperti yang diseru Datuk Seri Najib Razak.

“Saya percaya beliau (Ismail Sabri) akan berunding dengan empat pemimpin kanan lain untuk memutuskan yang terbaik buat negara dan BN,” katanya ketika ditemui media pada Konvensyen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menegaskan, konvensyen itu mampu memastikan BN kekal relevan bagi berhadapan dengan cabaran yang makin melebar dan terus memastikan trend gabungan tersebut dapat diketengahkan, sekali gus melebarkan imej positif parti.

“Ini perlu bagi membolehkan kita letak BN di tengah kelompok muda dan berhadapan dengan 12 juta bersamaan 58 peratus pengundi muda. Sudah tentu, kelompok itu mahu perbaharui imej dari segi dasar atau pemimpin untuk diketengahkan. Saya yakin BN milki keberanian lakukan perubahan di luar kebiasaan agar kita dilihat berbeza dengan parti lain.

“Kita akan turun ke negeri-negeri bagi memastikan BN diterima oleh rakyat, kita tak mahu gabungan ini hanya didukung oleh parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja namun mahu rakyat bersama. Kena cari jalan bagaimana rakyat dapat terima dan menerima gabungan ini semula seperti sebelum PRU pada tahun 2018,” katanya.

Terdahulu, dalam temubual eksklusif bersama Nikkei, akhbar kewangan terbesar dunia berpangkalan di Jepun, Perdana Menteri berkata, kenaikan harga makanan dan kos sara hidup adalah antara faktor yang membuatkan beliau memerlukan masa untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), walaupun spekulasi menyebut ia bakal diadakan sebelum akhir tahun ini.

“Kita perlu menunggu masa sesuai (untuk membubarkan Parlimen). Kita kini menghadapi tempoh inflasi yang meningkat dengan harga (barangan) yang tinggi, adakah anda fikir ini masa yang sesuai (untuk pilihan raya)?" katanya ketika ditemu bual di luar persidangan Nikkei’s Future of Asia di Tokyo, minggu lalu. Temu bual itu disiarkan media itu semalam.

Mengulas laporan mengenai pemimpin dalam UMNO sendiri yang menggesa PRU15 disegerakan, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pilihan raya tidak sepatutnya diadakan sehingga negara dapat mengekang inflasi, sebahagiannya diakibatkan kesan global perang di Ukraine.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, anggota serta jentera BN perlu bersiap siaga walaupun Perdana Menteri menegaskan sekarang bukan masa sesuai buat negara melaksanakan PRU.

Menurut beliau, ahli akar umbi perlu mencari titik persamaan merentasi parti komponen bagi memastikan pendekatan dan inisiatif terbaik mampu ditawarkan kepada rakyat menjelang PRU-15.

“Selepas pandemik COVID-19, kita kena belajar betul-betul dari kesilapan. Kita kena fikir di luar kotak.

“Kita kena turun untuk dengar suara pelbagai golongan dari bawah. Setakat ini kita tak tahu bila waktu sesuai (PRU-15) kerana ia sentiasa berubah.

“Itu sebabnya kita kena sentiasa bersiap siaga dalam pelbagai sektor. Kita kena laksanakan walau tak sempurna 100 peratus. Kita kena sentiasa bersedia untuk memastikan Malaysia yang lebih baik untuk rakyat jelata,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan Buruk PRN, UMNO-BN Lakukan Introspeksi Menyeluruh - Asyraf Wajdi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah