web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Tebang HSKL Selatan Hanya Demi Tanam Jagung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 2:26PM

Projek pertanian secara ‘adhoc’ tanpa perancangan jangka panjang yang rapi dan teliti bakal mengorbankan status hutan simpan tersebut. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan menebang kawasan Hutan Simpan Kuala Langat (HSKL) oleh kerajaan negeri Selangor bagi membangunkan penanaman jagung dibantah gerakan Otai Reformis 1998 hari ini.

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, langkah tersebut merupakan percubaan kedua kerajaan Selangor untuk membangunkan hutan simpan dengan alasan keperluan kecemasan, setelah gagal membangunkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) seluas 1,326 ekar tahun lepas.

“Setelah harga jagung di pasaran dunia stabil dan berlaku lambakan, projek ini tidak relevan lagi kerana bekalan jagung untuk makanan ayam boleh diperolehi pada harga murah di pasaran terbuka.

“Ini adalah helah kerajaan negeri untuk menyahwartakan status hutan simpan tersebut dengan alasan keperluan kecemasan bagi menyediakan makanan ayam,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelasnya, projek pertanian secara ‘adhoc’ tanpa perancangan jangka panjang yang rapi dan teliti bakal mengorbankan status hutan simpan tersebut.

“Apabila tiada lagi keperluan, pasaran terbuka lebih murah, maka projek penanaman jagung ini akan dihentikan dan seterusnya status tanah akan ditukar kepada status komersil untuk pembangunan bercampur,” katanya.

Kerajaan negeri Selangor dilaporkan merancang untuk membangunkan sebahagian kawasan HSKL Selatan sebagai tapak pertanian selepas ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian berkata, Jabatan Perhutanan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bakal melaksanakan usaha itu bagi memudahkan proses kawalan dan pemantauan kebakaran di kawasan terlibat.

Dengan pemberian permit bertani di kawasan tersebut katanya, petani dapat membantu memantau sebarang insiden kebakaran di kawasan sekitar dan memberi maklumat kepada pasukan penyelamat pada kadar segera.

Abdul Razak berpandangan, kerajaan Selangor seharusnya menggunakan kawasan tanah lombong yang luas milik anak syarikat GLC di Bestari Jaya atau di kawasan Fruit Valley Ijok Kuala Selangor untuk projek penanaman jagung.

Beliau turut melahirkan rasa curiga, mengapa kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkeras untuk menggunakan tanah hutan simpan tersebut.

“Setakat 21 Januari 2022, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempunyai bank tanah seluas 2,417 hektar yang masih belum digunakan dan sewajarnya ia digunakan untuk projek tanam jagung ini.

“Otai masih menagih janji Menteri Besar untuk mewartakan semula HSKLU yang sepatutnya telah dibuat sebelum Hari Raya Aidil Fitri tahun lalu,” katanya.

Membidas kenyataan Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), Abdul Razak berkata, tidak sewajarnya pemimpin itu menolak permohonan mereka untuk mengadakan satu pendengaran awam bagi merungkai isu.

“Otai rasa telah berlaku salah tata kelola dan pelanggaran beberapa prosedur dalam proses nyahwarta (de-gazette) hutan simpan tersebut dan sewajarnya salah tata kelola itu dapat dirungkaikan dalam pendengaran berkenaan.

“Kegagalan SELCAT untuk mengadakan pendengaran ini harus dijadikan pengajaran agar perkara sama tidak berlaku lagi di masa akan datang.

“Tapi sedihnya selepas insiden nyahwarta HSKLU berlaku lebih lapan bulan lalu, maka hari ini kita didedahkan dengan isu tanam jagung dalam Hutan Simpan Kuala Langat Selatan pula,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad