web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BNM Jangan Membisu Isu Wang Simpanan Akaun Bank Lesap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 6:18PM

Gamba hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara (BNM) digesa menambah baik sistem keselamatan maya (cyber security) bagi memastikan tiada lagi mangsa yang kehilangan wang simpanan mereka di bank secara tiba-tiba akibat perbuatan scammer.

Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung berkata, agensi kewangan negara itu perlu mengemas kini rangka pengurusan risiko teknologi yang mampu mengawal sebarang kes penipuan atas talian.

Menurutnya, langkah tersebut sekiranya direalisasikan oleh kerajaan, berupaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap keutuhan integriti BNM.

“Saya kesal dengan tindakan lembab BNM dalam memberikan penjelasan serta sokongan kepada semua mangsa yang simpanan  mereka ‘dihilangkan’ oleh sindiket pemancing scam.

“Baru-baru ini, kes wang simpanan dihilangkan telah naik mendadak, termasuk melibatkan akaun simpanan tetap.

“Tindakan berleluasa kelompok sindiket ini seolah-olah mencabar keupayaan institusi penguatkuasaan dan perundangan negara,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Pada masa sama Chean Chung menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan bank-bank komersil yang sering kali mengalihkan tanggungjawab kepada polis dan mahkamah.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu itu, sikap berdiam diri institusi kewangan terbabit akan mewujudkan persepsi bahawa badan pengawal-selia lebih memihak kepada bank berbanding rakyat.

“Saya bimbang sekiranya BNM masih tidak tampil memberikan penjelasan, sindiket akan menjadi lebih berani dan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan semakin terhakis.

“Turut diingatkan bahawa perniagaan bank-bank komersil ini bergantung kepada penyimpan, maka mereka tidak boleh melepaskan kesemua tanggungjawab apabila wang simpanan pencarum dihilangkan,” katanya.

Cheang Chung berkata, BNM sebagai badan tertinggi yang mengawal selia sektor bank tidak boleh mendiamkan diri dan menutup mata dalam menyelesaikan isu terbabit.

“Jangan sesekali menghantar isyarat bahawa semua mangsa tersebut harus dipersalahkan dan bukan si penipu.

“Saya menggesa BNM, polis dan bank-bank komersil supaya menubuhkan jawatankuasa bertindak bersama untuk mempercepatkan dan mengumumkan proses siasatan.

“Satu talian khas harus diadakan bagi memberikan panduan serta bimbingan kepada rakyat,” katanya. - Getaran, 7 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global