web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Benarkan Produk Lain Ayam Dieksport Semula - FLFAM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jun 2022 8:45PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa membenarkan semula ayam berbulu berwarna, ayam kampung dan produk ayam diproses dieksport bagi mengekalkan integriti pengeksport tempatan untuk perniagaan asing mereka.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak (FLFAM), Tan Chee Hee berkata, pihaknya menyambut baik sekiranya kerajaan menyekat ayam daging, namun tidak kepada tiga jenis produk ayam lain.

Menurutnya, ia disebabkan produk ayam lain termasuk ayam berbulu berwarna, ayam kampung dan produk ayam diproses tidak mendapat permintaan menggalakkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Permintan konsumer hanya pada ayam pedaging biasa, manakala produk lain termasuk ayam berbulu berwarna, ayam kampung dan produk ayam diproses tidak mendapat permintaan tempatan yang tinggi.

“FLFAM dan industri berkenaan mengalu-alukan kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam meneruskan perkembangan industri ayam dan telur bagi pembekalan makanan protein yang bersih, segar, cukup dan murah kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sepucuk surat ditujukan kepada Perdana Menteri; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Norhafizan Mohd Noor.

Mengulas lanjut, Chee Hee berkata, hasil analisa Jabatan Perkhidmatan Veterinar menunjukkan pertumbuhan pengeluaran ayam pedaging secara purata adalah sekitar lima peratus sepanjang 15 tahun lalu.

“Hanya terdapat penurunan pada tahun 2019 dan 2020, disebabkan pandemik COVID-19.

“Selepas ke fasa endemik, terdapat anggaran pemulihan positif dalam pengeluaran hampir tiga peratus setahun pada 2022.

“Data menunjukkan bahawa pengeluaran kini dalam pemulihan dan bekalan semakin meningkat,” katanya.

Disebabkan pembukaan import ayam, beliau menegaskan hasil pemerhatian pihaknya mendapati, peningkatan sebanyak 70 peratus import haiwan tersebut dari Januari sehingga April lalu, berbanding tahun sebelumnya.

“Peningkatannya adalah sebanyak 36,486 tan metrik ayam daging dan 987 tan metrik keseluruhan ayam.

“Permintaan ayam selepas COVID-19 meningkat lebih giat daripada pengeluaran tempatan, di mana kadar pemulihan permintaan tinggi selepas wabak itu adalah di luar jangkaan.

“Lonjakan permintaan yang tidak seimbang ini menimbulkan kesan kekurangan walaupun pengeluaran meningkat,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia seperti dikenakan sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri, pemansuhan itu berkuat kuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara. - Getaran, 7 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Eksport Malaysia Dijangka Cecah US$425 Bilion Menjelang 2030 - Standard Chartered

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Eksport, Import Perkhidmatan Catat Peningkatan - SITS 2022

4

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Ekonomi Malaysia Diunjur Tumbuh Sederhana 4-5 Peratus Pada 2023 - BNM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan