web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SKMM Perlu Buat ‘Mapping’ Sendiri, Jangan Hanya Berharap Pada Syarikat Telekomunikasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 3:48PM

Annuar bercakap di Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), di sini, hari ini. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia SKMM) digesa melaksanakan pemetaan (mapping) sendiri dan tidak bergantung harap kepada data atau laporan syarikat telekomunikasi di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara tersebut akan dijadikan sebagai audit prestasi telco buat agensi itu disebabkan masih ramai orang awam, khususnya di luar bandar berdepan masalah kelemahan capaian internet.

Menurut beliau, SKMM sebagai badan kawal selia harus bertanggungjawab memastikan jurang digital tidak berlaku di negara ini kerana capaian internet sudah menjadi keperluan hidup setiap masyarakat.

“Saya nak tengok SKMM buat mapping sendiri, bukan ambil laporan daripada syarikat telco. Bila perkara itu dilaksanakan, ia boleh dibandingkan. Ini harus dilaksanakan kerana orang mengadu masalah dan mutu perkhidmatan jaringan internet.

“Kita sedia tahu, di peringkat penyedia perkhidmatan sebahagian besar bertindak kepada keperluan komersial kerana mereka ialah syarikat perniagaan. Jadi, antara kepentingan orang ramai dengan pertimbangan berasas perniagaan ada kelompangannya yang menjadi tanggungjawab kerajaan dan SKMM untuk memastikan jurangnya tidak meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar mengharapkan agar syarikat telco menambah pelaburan ke atas perkhidmatan pencapaian jalur lebar berkelajuan tinggi di luar bandar mulai tahun ini, yang dilihat dapat membantu kerajaan menyelesaikan isu tersebut setelah sekian lama dialami rakyat.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, syarikat telekomunikasi harus agresif menaik taraf menara dan menambah bilangannya, malah agenda tersebut perlu dipandang serius sebagai pelan langkah panjang, demi menyediakan kemudahan selesa untuk generasi masa depan.

“Bagi pelan jangka pendek, semua perlu berkongsi menara sebab kita lihat banyak menara yang hanya mempunyai satu atau dua syarikat, dan sekarang ini dah ada teknologi yang membolehkan lebih enam pemancar diletakkan dalam satu menara.

“Kalau mereka terbuka, maka banyak kawasan dapat liputan dari semua sekali pembekal perkhidmatan,” katanya.

Komitmen oleh syarikat telco jelas Annuar, memainkan peranan penting kerana adalah menjadi matlamat kerajaan untuk memastikan semua penduduk menerima capaian internet apabila beralih ke teknologi 4G.

“Pembangunan akan lebih cepat jika berkongsi Menara. Kita tak mahu sikap tidak mahu berkongsi menyebabkan perkhidmatan tidak memuaskan dan rakyat senegara,” katanya.

Beliau menegaskan, rundingan perjanjian perkhidmatan antara syarikat telekomunikasi dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan rangkaian 5G negara masih dijalankan dengan tarikh tutup tawaran adalah pada 30 Jun ini.

Bagaimanapun katanya, lesen kepada pemain baharu industri telekomunikasi akan dikeluarkan sekiranya rundingan tersebut tidak mendapat sambutan.

“Saya punya keyakinan tinggi semua syarikat telco tidak mahu ketinggalan berikan perkhidmatan 5G, sebab itu kita ambil pendekatan panggil semua berbincang namun kita tak boleh paksa.

“Yang telah sertai 5G, kita akan jalan terus. Jika jumlah syarikat tak cukup, kita akan keluarkan lesen kepada pemain baharu.

“Saya takkan tunggu sesiapa kerana ini perlu disegerakan atas sebab kepentingan nasional dan kita mahu 5G ini mengikut perancangan. Kita ada perkara-perkara (yang) kita runding dengan tegas. Justeru, kita bagi sehingga tempoh tamat dan saya tak mahu buat telahan apa apa kerana kena hormat syarikat tersebut.

“Mereka mempunyai ramai pemegang saham dan ada perkara-perkara yang harus mereka lindungi dari sudut komersial. Kena pastikan adil dan tak boleh tekan mereka selalu, biarkan mereka lengkapkan rundingan mereka terlebih dahulu,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SKMM Keluar Notis Terhadap 4 Penyedia Perkhidmatan Komunikasi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkongsian Rangkaian Antara Telco Selesaikan Isu Capaian Internet, Talian Telefon

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Beroperasi Tanpa Lesen Sah, Awesome TV Dikompaun RM250,000

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SKMM Perketat Kawal Selia Kandungan Digital Tangani Kemudaratan Dalam Talian

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad