web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Cradle Fund: Tolak Menolak, Kekecohan Antara Jurugambar Dan Peguam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 2:27PM

S Suresh (kanan) mengalami kecederaan ringan di kepala.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kekecohan dan pertengkaran berlaku di perkarangan kompleks mahkamah di sini hari ini melibatkan seorang peguam mewakili Samirah Muzaffar dan seorang jurugambar.

Samirah, 47, tertuduh dalam kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 9.05 pagi bersama barisan peguamnya.

Insiden itu berlaku di perkarangan lobi mahkamah dipercayai peguam yang hendak ke bilik bicara mahkamah dihalang jurugambar bertugas.

Pertengkaran dan tolak menolak kemudiannya berlaku antara peguam S Suresh dengan seorang jurugambar hingga menyebabkan kecederaan ringan di kepala peguam itu.

Sebelum prosiding kes bermula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga mewakili Samirah memohon agar pihak pembelaan diberikan khidmat polis pengiring apabila keluar dari bilik mahkamah.

Ab Karim bagaimanapun berkata ia di luar bidang kuasanya.

Di luar mahkamah Suresh memberitahu media bahawa: “Saya tidak okey (mengenai kecederaan dialami). Saya akan memikirkan mengenainya (untuk membuat laporan polis berkaitan insiden itu).”

Difahamkan jurugambar terbabit telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Muhammad Shafee pada sidang media berkata ketika kejadian, seorang jurugambar telah terhentak kameranya ke kepala Suresh hingga meninggalkan kesan dan berdarah.

“Seorang jurugambar sama ada sengaja atau tidak sengaja telah terhentak ke kepala Suresh. Ada dua lubang yang amat jelas, tapi nasib baik dia okey. Oleh sebab itu, saya minta polis pengiring supaya perkara ini tidak berulang,” katanya.

Terdahulu, Ab Karim melepas dan membebaskan Samirah dan dua remaja lelaki atas pertuduhan membunuh Nazrin, empat tahun lepas.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketiga-tiga mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 5 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 6 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 58 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka