web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AGC, BHEUU Perinci Syor Cadangan Mansuh Hukuman Mati Mandatori

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jun 2022 5:28PM

Mas Ermieyati berkata, AGC dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang akan mengkaji secara terperinci syor sudah dikemukakan berhubung pindaan berkenaan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menyediakan draf Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan pemansuhan hukuman mati mandatori bagi meneliti adakah cadangan berhubung perkara itu mampu direalisasikan sebaiknya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, AGC dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) akan mengkaji secara terperinci syor sudah dikemukakan berhubung pindaan berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan turut mengadakan sesi libat urus bersama pakar akademik dan ahli Dewan Rakyat.

“Ia dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan lebih lanjut mengenai cadangan pemansuhan tersebut sebelum dibentangkan di Parlimen pada Oktober nanti.

“Kerajaan secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori selepas Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori, dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Lantaran itu, selaras dengan keputusan terbabit, Mas Ermieyati memaklumkan, satu perjumpaan di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun diadakan pada 20 Jun lalu.

“Kerajaan amat berterima kasih di atas kerjasama semua pihak terlibat dalam perkara berkenaan dan berharap RUU itu dapat dilaksanakan, selain dikuatkuasakan mengikut garis masa ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, Wan Junaidi memaklumkan kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mesyuarat Jemaah Menteri, 10 Jun lalu.

Selain itu, Wan Junaidi memaklumkan, kerajaan akan mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di negara ini.

Antaranya, kewujudan prosedur pra-penghukuman, penubuhan Majlis Penghukuman, pembangunan Garis Panduan Penghukuman, penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang, pembaharuan institusi kepenjaraan dan pelaksanaan hukuman berdasarkan ‘restorative justice’ (keadilan pemulihan).

Beliau menjelaskan, keputusan berkaitan perkara itu menunjukkan keutamaan kerajaan untuk memastikan hak semua pihak adalah terpelihara dan terjamin. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Perkenan Penubuhan RCI, Tangani Kes Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Isu GEG: AGC Dakwa Konsisten Beri Pandangan Sejak 2022

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan Ke Atas Muhammad Sanusi Tidak Berunsur Politik - AGC

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu Bayar Segera Lebih AS$16 Bilion Melampau, Prosiding Kes Masih Berjalan - AGC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini