web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelab Digantung Sementara Oleh DBKL Tiada Lesen Hiburan - Jalaluddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 2:26PM

Operasi kelab komedi Crackhouse digantung kerana tidak mempunyai lesen hiburan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELEBU - Sebuah kelab di Kuala Lumpur yang digantung sementara operasinya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 10 Julai lepas didapati tidak mempunyai lesen hiburan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pemilik premis tersebut hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras tetapi tiada lesen hiburan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pemilik premis tersebut hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras tetapi tiada lesen hiburan.

Beliau berkata setiap premis yang menjalankan perniagaan restoran dan operasi berbentuk hiburan perlu memiliki dua lesen iaitu lesen restoran dan hiburan.

“Pemilik kelab memohon lesen hiburan tetapi tidak diluluskan kerana dalam lesen hiburan terdapat beberapa syarat tertentu dikenakan sebagai contoh laporan bomba, syarat aktiviti hiburan yang hendak diadakan, kita tidak boleh beri persetujuan menyeluruh kepada setiap hiburan.

“Pihak kementerian tidak berkompromi terhadap penyalahgunaan lesen. Premis ini tidak mempunyai lesen hiburan, maka DBKL mengambil tindakan menggantung sementara operasi premis dan restoran ini kerana menyalahgunakan lesen diberikan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada program korban bersempena Aidiladha bersama rakyat Parlimen Jelebu dan agensi kerajaan di Simpang Pertang di sini hari ini.

Jalaluddin berkata pemilik premis diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan sebelum jawatankuasa pelesenan DBKL akan bersidang, meneliti serta menyiasat perkara itu dan penggantungan lesen itu boleh dilakukan hingga tempoh maksimum 30 hari sehingga keputusan dibuat.

Menurutnya DBKL tidak berkompromi dalam perkara melibatkan isu sensitif seperti agama, kaum dan bangsa di negara ini.

Sementara itu, Jalaluddin berkata pihaknya turut menerima laporan berkaitan seorang individu yang didakwa sebagai pemilik premis itu yang mempermainkan serta memperlekehkan bangsa Melayu menerusi video tular persembahan di premis tersebut.

“Saya sudah meminta pihak penguat kuasa supaya melakukan siasatan terperinci mengenai perkara ini, sekiranya benar, ia menyalahi syarat lesen yang dikeluarkan, tidak mustahil pihak penguat kuasa pelesenan DBKL mengambil tindakan lebih tegas yang boleh membawa kepada penutupan kelab,” katanya.

Beliau meminta masyarakat supaya bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Jalaluddin berkata mengikut rekod, premis tersebut telah beroperasi tanpa lesen sejak 2014 hingga 2017 bagaimanapun lesen diluluskan pada 2018 dan masih sah sehingga kini iaitu untuk operasi restoran dan minuman keras. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 6 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan