web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Hina Islam: Pemilik Kelab Komedi Dihadap Ke Mahkamah Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 7:56PM

Rizal ditahan selama 24 jam mulai hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam, Ramkarpal Singh mengesahkan bahawa Rizal Van Geyzel yang juga pemilik bersama sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, ditahan pihak polis.

Beliau menegaskan, Rizal ditahan selama 24 jam mulai hari ini susulan penularan tiga klip video didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi tersebut.

Menurut beliau, anak guamnya akan dihadapkan ke mahkamah esok kira-kira jam 10 pagi bagi mendapatkan perintah reman agar siasatan lebih lanjut dapat dijalankan polis.  

“Mereka membawa Rizal ke rumah untuk mendapatkan pakaian dipakainya seperti yang tular dalam video itu bagi proses pengecaman diri.

“Selepas sesi pengecaman, saya akan berhujah di mahkamah esok agar Rizal dibebaskan daripada tahanan polis,” katanya.  

Sementara itu, sumber rapat polis mengesahkan penahanan tersebut dan ia akan dirujuk kepada Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Menurut beliau, kes itu perlu dirujuk menerusi bahagian berkenaan kerana kenyataan dilemparkan boleh menggugat ketenteraman awam.

“Benar, kita menahan dia bagi membantu siasatan membabitkan video tular dilihat menghina Islam ketika melakukan persembahan.

“Kita akan dapatkan perintah reman selama tiga hari bagi menjalankan siasatan terperinci video tersebut yang dikatakan menyentuh sensitiviti kaum dan agama,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan mengenai penularan sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung, memperkenalkan diri kepada penonton ketika membuat persembahan acara ‘stand up comedy’ yang dipercayai berlangsung di premis hiburan itu.

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka baju, kain serta tudungnya.

Dengan berpakaian seksi, wanita tersebut kemudiannya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menyapa penonton yang kemudiannya bersorak melihat adegan tersebut.

Susulan video yang menerima kecaman pelbagai pihak itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan kerana tindakan wanita terbabit disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap Islam.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu penghinaan terhadap Islam.

Isu tersebut semakin hangat apabila ia menerima kecaman pelbagai pihak, selain membawa kepada perkongsian beberapa video memaparkan bahawa Rizal Van Geyzel turut membuat persembahan di premis hiburannya itu dengan memperlekeh dan menghina Islam serta kaum Melayu. - Getaran, 14 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan