web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AirAsia Jamin Selesaikan Bayaran Semula, Penumpang Jangan Risau - Tony

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 6:49PM

Tony Fernandes - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Air Asia memberi jaminan akan memulangkan semula wang pelanggan, yang penerbangan mereka dibatalkan susulan pandemic COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat penerbangan itu masih berusaha untuk menjelaskan bayaran semula kepada 450,000 penumpang lagi.

Menurut beliau, setakat ini 1.5 juta bayaran semula sudah dijelaskan dan mereka amat berterima kasih kepada 2.9 juta pelanggan yang memilih untuk menerimanya dalam bentuk Akaun Kredit AirAsia.

“AirAsia sudah tidak melakukan sebarang penerbangan sejak setahun lalu apabila seluruh dunia berdepan penularan pandemik COVID-19.

“Berbeza dengan tanggapan pihak lain, AirAsia tidak menerima sebarang bantuan kewangan untuk terus beroperasi,” katanya dalam satu video khas.

Tony menyatakan demikian sebagai mengulas status terkini bayaran semula kepada penumpang, oleh syarikat penerbangan berkenaan yang menjadi bualan hangat orang ramai kebelakangan ini.

Syarikat penerbangan tambang murah itu sebelum ini merayu timbang rasa pelanggan, agar bersetuju menerima bayaran semula itu secara kredit ke dalam Akaun AirAsia masing-masing, berbanding dalam bentuk wang tunai.

Memberikan pendapatan yang terjejas teruk sebagai faktor, Tony berkata beliau dan pihak pengurusan pada masa sama perlu memikirkan kelangsungan syarikat, agar ia mampu terus beroperasi walaupun pada waktu kritikal.

“Saya akan memastikan semua pelanggan beroleh semula bayaran mereka, cuma berilah kami masa.

“AirAsia sebuah syarikat yang memiliki prestasi mengagumkan selama ini sebelum semuanya dihancurkan oleh COVID-19, dan kami masih berusaha sedaya upaya untuk terus bernyawa,” katanya.

Syarikat itu tegas beliau, cuba untuk memastikan agar nasib semua petugas terpelihara, walaupun dengan kedudukan kewangan yang kian meruncing.

“Kami selama ini berjaya memberikan khidmat kepada 600 juta penumpang, sebahagian besarnya tidak pernah berpeluang menaiki mana-mana penerbangan.

“Tidak hanya itu, AirAsia juga mewujudkan ratusan ribu peluang pekerjaan dan kami masih berusaha untuk terus wujud agar boleh kembali dengan lebih gagah selepas ini,” katanya. – Getaran, 31 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

2

Jelajah 5 bulan yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi