web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


36 NGO, Penduduk Desak RCI Diwujudkan Berikutan Banjir di Kupang, Baling

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 8:07PM

Wakil NGO bersama penduduk setempat mengadakan bantahan mendesak ladang Musang King di Gunung Inas yang disyaki sebagai punca kejadian banjir baru-baru ini dihentikan segera. - Gambar oleh Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Sebanyak 36 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama ratusan penduduk kampung yang terjejas akibat kejadian banjir dan kepala air di Kupang, dekat sini minggu lalu, terus mendesak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan tragedi itu. 

Penasihat Kelab Sahabat Alam Sik,  Mohd Sobri Ramlee (dua dari kiri) bercakap kepada media ketika berhimpun bagi mendesak ladang Musang King di Hutan Simpan Gunung Inas dihentikan di Kampung Iboi, Kupang fekat Baling, hari ini. - Gambar oleh Rafisqi Radhi
Penasihat Kelab Sahabat Alam Sik, Mohd Sobri Ramlee (dua dari kiri) bercakap kepada media ketika berhimpun bagi mendesak ladang Musang King di Hutan Simpan Gunung Inas dihentikan di Kampung Iboi, Kupang fekat Baling, hari ini. - Gambar oleh Rafisqi Radhi

Wakil pertubuhan yang juga Penasihat Kelab Sahabat Alam Sik, Mohd. Sobri Ramlee berkata, penubuhan RCI merupakan cara terbaik untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kejadian tersebut yang turut meragut tiga nyawa. 

Menurutnya, rakyat ketika ini masih bimbang dengan risiko kemungkinan kejadian sama akan berulang, selain tertanya-tanya mengenai punca sebenar yang menyebabkan berlakunya kejadian itu. 

"Kita tetap menuntut kewujudan RCI sebab sekarang ini tuding-menuding termasuk dalam kalangan orang politik sudah berlaku. Kita pun tak tahu pihak mana betul atau salah dan RCI  dilihat menjadi mekanisme terbaik dalam menentukan apa yang sebenarnya terjadi. 

"Kita perlukan laporan terperinci daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta kerajaan negeri mengenai projek yang berlaku di atas gunung itu. RCI ini diyakini mampu merungkai apa yang berlaku sekarang," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengadakan bantahan terhadap aktiviti Ladang Musang King yang didakwa menjadi antara punca berlakunya tragedi tersebut, di Kampung Iboi dekat sini, hari ini.

Antara NGO yang turut serta dalam bantahan tersebut adalah Sahabat Alam Malaysia (SAM), Greenpeace Malaysia, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Grass Malaysia) dan Pertubuhan Pencinta Kesihatan (PROSIHAT).

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan, Ramkarpal Singh mendesak supaya kerajaan mewujudkan RCI yang dilihat menjadi forum terbaik bagi menyiasat dengan teliti punca kejadian itu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata, penubuhan RCI dalam isu tersebut tidak perlu dibuat kerana agensi kerajaan bertanggungjawab sepatutnya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dengan ketat serta menyeluruh, bagi mengelak sebarang perbuatan yang boleh mengundang tragedi. 

Mohd. Sobri menambah, tragedi di Kupang itu merupakan sesuatu yang sudah dijangka, malah kalangan NGO terlibat juga sejak 2018 sudah beberapa kali menyatakan kemungkinan akan berlaku bencana di Gunung Inas.

"Antara perkara yang menjadi perhatian kami adalah kecerunan teres yang dibina di cerun-cerun bukit itu. Kita perlu dapatkan laporan lengkap dari pihak berwajib mengenai perkara sebegitu," katanya. 

Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman menunjukkan keratan akhbar kenyataan dibuatnya bersama penduduk pada 2019 mengenai kegusaran terhadap projek ladang Musang King di Gunung Inas. - Gambar oleh Rafisqi Radhi
Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman menunjukkan keratan akhbar kenyataan dibuatnya bersama penduduk pada 2019 mengenai kegusaran terhadap projek ladang Musang King di Gunung Inas. - Gambar oleh Rafisqi Radhi

Dalam pada itu Pegawai Lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, kesemua NGO terlibat memutuskan untuk menolak sama sekali Projek Pembangunan Ladang Hutan dalam hutan simpan kekal di seluruh negara, seperti yang berlaku di Gunung Inas. 

Menurutnya, pelaksanaan ladang hutan dengan menanam semula apa jua jenis pokok termasuk pokok getah klon balak (TLC), akan memusnahkan litupan hutan asal dan isinya yang berkeluasan ratusan hektar.  

"Kalau nak buat ladang hutan di luar hutan simpan kekal, itu lain cerita. Tetapi sekarang ini konsep asal ladang hutan juga sudah berbeza kerana pada tahun 1970-an dulu, tujuan asal ladang hutan adalah untuk memulihkan semula kawasan hutan diceroboh atau musnah secara semula jadi.

"Keluasannya juga tidaklah sampai ratusan hektar sebaliknya hanya 20 atau 30 hektar. Tetapi sekarang pihak berkuasa seolah-oleh menjadikan ladang hutan sebagai ruang untuk mengganggu hutan asli, tujuannya adalah untuk mengambil balak," katanya. 

Sementara itu penduduk Kampung Masjid Iboi, Zaidi Abdullah berkata, kalangan penduduk amat mengalu-alukan penubuhan RCI bagi mencari jawapan kepada tragedi yang berlaku. 

"Kalau dulu, datanglah hujan selama beberapa jam atau sehari dua sekali pun, kami tak risau untuk fikir sama ada akan berlaku banjir atau tidak. Tetapi sejak beberapa tahun lalu apabila timbul kisah mengenai Musang King, hujan sejam dua pun kami dah mula risau. 

"Sebab itu kami alu-alukan sangat penubuhan RCI kerana tragedi ini melibatkan nyawa. Kalau tak kena atas keluarga sendiri, memang tak rasa tetapi kalau berlaku tragedi terhadap keluarga sendiri, barulah kita tahu bernilai atau tidak nyawa itu," katanya. - Getaran 16 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad