web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja 13 Tahun Paksa Rakan Hisap Kemaluan, Ugut Dengan Pisau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 10:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GURUN - Usianya baru 13 tahun tetapi seorang remaja lelaki sudah berani bertindak melampau apabila mengugut rakannya dengan menggunakan pisau setelah arahan supaya kemaluannya dihisap, tidak dipenuhi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, remaja berkenaan dipercayai turut menampar dan memukul rakannya itu hingga mengakibatkan mangsa yang merupakan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, mengalami lebam di pipi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, apabila suspek terlebih dulu membawa mangsa menaiki kereta jenis Perodua Kancil dipandunya ke sebuah kedai di satu taman perumahan, dekat sini. 

"Semasa berada dalam kereta tersebut, mangsa diarahkan supaya membuka seluar dipakai suspek, sebelum menyuruh kanak-kanak berkenaan menghisap kemaluannya.

“Mangsa ditampar dan dipukul suspek apabila dia enggan berbuat demikian,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Zaidy berkata, suspek kemudiannya membawa mangsa ke rumah, sebelum sekali lagi mengarahkan kemaluannya dihisap.

“Apabila mangsa tetap enggan, remaja berkenaan bukan sahaja mencekik leher dan mengugut kanak-kanak terbabit, malah turut mencederakannya menggunakan sebilah pisau,” katanya.

Beliau memberitahu, mangsa yang ketakutan berjaya melarikan diri dan mengadukan kejadian terbabit kepada bapanya.

Getaran difahamkan, badan mangsa juga memiliki beberapa kesan calar, dipercayai terkena pisau digunakan suspek.

Zaidy memaklumkan, bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Gurun, sekali gus membawa kepada penahanan suspek kira-kira jam 7.19 malam kelmarin di rumahnya. 

"Suspek kini direman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.  

Mangsa juga difahamkan turut dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan.  - Getaran 19 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Mengamuk Guna Pisau Pemotong Daging Ditahan

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Peras Ugut Dan Rogol, 2 Anggota Polis Didakwa Hari Ini

3

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Apa Masalahnya Ni Bang...

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Ustaz Ugut Bunuh PM Ditahan, Dakwa Tersalah Cakap - Polis Kedah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki