web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waspada Skim Penipuan Pelaburan BTC Financial Trading, Smart Trader Best Exchange

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 5:46PM

Berdasarkan siasatan, skim pelaburan ini menggunakan aplikasi Telegram dan WhatsApp untuk mencari mangsa. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengesan kewujudan dua skim penipuan pelaburan dikenali sebagai  ‘Pelaburan BTC Financial Trading’ dan ‘Pelaburan Smart Trader Best Exchage’ yang sedang aktif menjalankan aktiviti memperdaya mangsa di seluruh negara. 

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, 22 kertas siasatan telah dibuka terhadap Pelaburan BTC Financial Trading sehingga 18 Julai, melibatkan jumlah kerugian sehingga RM708,400.00. 

Bagi skim pelaburan ‘Smart Trader Best Exchage’, Noorsiah berkata, 48 kertas siasatan dibuka melibatkan kerugian keseluruhan RM661, 672.16 yang kini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

"Berdasarkan siasatan, kedua-dua skim pelaburan ini menggunakan aplikasi Telegram dan WhatsApp untuk mencari mangsa. Pelaburan ditawarkan menjanjikan pulangan sekitar 50 peratus hingga 100 peratus dalam tempoh 3 hingga enam jam setelah pelaburan dibuat. 

"Mangsa yang berminat akan diminta untuk membuat pendaftaran melalui pautan yang diberikan seterusnya membuat pindaan wang ke dalam akaun yang diberikan oleh pihak sindiket," katanya hari ini. 

Jelas Norsiah, mangsa kemudiannya dimaklumkan telah mendapat keuntungan namun dikenakan pelbagai syarat tambahan sekiranya ingin membuat pengeluaran. 

Tegasnya, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, khususnya yang menjanjikan keuntungan lumayan. 

"Maklumat lanjut mengenai tawaran pelaburan boleh diperolehi dari sumber rasmi seperti MULE, Bank Negara Malaysia (BNM), Security Commission (SC) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum menyertai apa jua skim pelaburan,” katanya. - Getaran, 19 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 2 bulan yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad