web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ops Hire : 3 Lagi Direman Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 8:33PM

Salah seorang suspek yang ditahan reman sehingga 22 Julai mulai hari ini. - Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga lagi suspek termasuk seorang wanita direman bagi membantu siasatan berhubung isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya), melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira RM100 juta.

Menurut sumber, seorang daripada suspek yang juga pengarah syarikat ditahan reman sehingga 22 Julai mulai hari ini, selepas Majistret Mohd. Dinie Shazwan Ab. Shukor membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Katanya, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 8.30 malam semalam, kerana dipercayai mengemukakan Borang Pengesahan Pekerja secara dalam talian yang mengandungi butiran palsu.

“Butiran berjumlah lebih RM1 juta itu dikemukakan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memperolehi peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk melaksanakan Program Insentif Pengambilan Pekerja & Program Latihan, sedangkan ia tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Getaran difahamkan, dua lagi suspek yang berada di Pahang direman sehingga 23 Julai mulai hari ini, selepas menerima kebenaran Majistret Nor Izzati Zakaria di Mahkamah Majistret Kuantan.

“Kedua-duanya yang merupakan pengurus syarikat direman selama lima hari.

“Masing-masing yang berusia 46 dan 35 tahun ditahan di Pejabat SPRM Pahang kira-kira jam 4.30 petang semalam kerana dipercayai terlibat mengemukakan tuntutan palsu kepada PERKESO bagi tujuan sama, melibatkan nilai melebihi RM600,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Operasi siasatan masih diteruskan dan kami tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan lagi akan dibuat dalam masa terdekat,” tegasnya.

SPRM pada 14 Julai lalu menahan 37 individu di beberapa negeri bagi membantu siasatan berkaitan isu tersebut.

Tiga lagi individu ditahan di Johor dan Pulau Pinang sehari kemudian, bagi membantu siasatan kes yang sama.

Semalam, dua individu yang merupakan ketua pegawai eksekutif serta pengarah syarikat ditahan bagi membantu siasatan, menjadikan jumlah keseluruhan penahanan setakat ini 45 suspek. - Getaran, 19 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah