web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usul Lanjutan SOSMA Diluluskan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 5:43PM

Lanjutan berkenaan diluluskan menerusi undian belah bahagi dengan 111 menyokong manakala 88 membantah, sementara 21 ahli parlimen tidak hadir - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk tempoh lima tahun lagi bermula 31 Julai ini diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Lanjutan berkenaan diluluskan menerusi undian belah bahagi dengan 111 menyokong manakala 88 membantah, sementara 21 ahli parlimen tidak hadir.

Subseksyen itu antaranya menyebut, seorang pegawai polis berpangkat penguasa polis atau berpangkat lebih tinggi daripada penguasa polis boleh melanjutkan tempoh tahanan tidak lebih daripada 28 hari, bagi maksud penyiasatan.

Sebelum pengundian berkenaan, perdebatan hangat tercetus mengenai usul itu apabila Ahli Parlimen kerajaan mempertahankan tempoh tahanan 28 hari tersebut, dengan mengatakan bahawa ia keperluan dalam menyiasat jenayah rumit dan terancang.

Ketika perbahasan usul berkenaan hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU-Pagoh) berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak pernah membincangkan mengenai pindaan SOSMA walaupun mendapat kritikan.

Ini termasuk tempoh beliau sebagai jawatan Menteri Dalam Negeri di bawah PH pada 2019, apabila 12 orang termasuk dua wakil rakyat DAP ditahan di bawah SOSMA atas tuduhan terbabit dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LLTE).

Bagaimanapun, kenyataan tersebut menyebabkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang menuduh mantan Perdana Menteri berkenaan mengelirukan dewan.

Antaranya, Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) yang berkata, PH ketika itu mahukan kajian terperinci mengenai SOSMA untuk pindaan lanjut.

Namun begitu, Muhyiddin menjawab bahawa semasa kajian dijalankan, ‘tiada keputusan dibuat’. - The Vibes, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

5 Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA – KPN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tindakan Saifuddin Pertahan SOSMA Bercanggah Dengan Pendirian PH – Gobind

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PDRM Hargai Penubuhan IPCC, Pelanjutan SOSMA 5 Tahun Lagi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaminan Menteri Tidak Buktikan SOSMA Mampu Dilaksana Dalam Konteks Keadilan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi