web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Wajar Libatkan Komuniti Urus Keselamatan Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 6:56AM

Wujud keperluan supaya kerajaan ‘merakyatkan keselamatan’ yang mampu memperkukuhkan penyatuan antara komuniti pelbagai bangsa. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengurusan keselamatan berasaskan masyarakat menjadi formula terbaik bagi meruntuhkan tembok pemisah pelbagai isu dalam kalangan komuniti.

Pensyarah Sosiologi Politik dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, formula itu selaras dengan konsep Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM) diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, bagi merealisasikan konsep itu, wujud keperluan supaya kerajaan ‘merakyatkan keselamatan’ yang mampu memperkukuhkan penyatuan antara komuniti pelbagai bangsa.

“Hubungan antara komuniti dan kerajaan melengkapi antara satu sama lain untuk membawa kepada pengabsahan kerajaan serta agensinya yang bertanggungjawab ke atas penginstitusian formal serta tidak formal.

“Merakyatkan keselamatan adalah parameter perubahan dalam kesinambungan persekitaran tanah air mutakhir ini, untuk menjiwai konsep selamat,” katanya kepada Getaran.

Sivamurugan berkata, wujud keperluan untuk rakyat mencintai negara dan kepentingan memaparkan identiti nasional serta tingkah laku kenegaraan, bagi memastikan pengurusan keselamatan berasaskan komuniti mampu dilaksana sebaiknya.

Menurut beliau, setiap pihak perlu teguh pada semangat kewarganegaraan berlandaskan jati diri Malaysia yang mampu menerapkan patriotisme dalam kalangan komuniti.

“Ia perlu berpegang kepada prinsip 3K iaitu meneliti ‘kandungan’, memperkukuh ‘komunikasi’ dan bersifat ‘komprehensif’. Metadologinya mesti berteraskan kepada ‘perkukuhkan’, ‘perkembangkan’ serta ‘persejahterakan’ komuniti’ (3P) di bawah strategi ‘merakyatkan keselamatan’.

“Naratif perlu diatur dengan matlamat membawa keselesaan, kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyat. Perkara asas tidak boleh dipinda, iaitu menyantuni Perlembagaan dan Rukun Negara,” katanya.

Jelasnya, pengurusan keselamatan berasaskan komuniti penting untuk didalami agar sifat sebagai ‘pelindung’ mampu dilakar dengan kepercayaan dan keyakinan walaupun masyarakat berubah menjadi materialistik serta individualistik.

“Inisiatif itu perlu direalisasikan agar komuniti yang mementingkan sahsiah kepada negara, mengakui kedaulatan struktur demografi dan geografi tanah dihuninya dihormati serta difahami walau berbeza agama, etnik, gender, kepercayaan serta fahaman politik.

“Kesemuanya akan bersama memerangi segala ancaman dan membela negara dalam membina struktur tadbir tanah air. Komunikasi juga perlu diperkasakan,” katanya.

Lantaran itu, Sivamurugan berkata, masyarakat penyayang mampu dilahirkan sekiranya setiap individu memainkan peranan besar bersama keluarga, institusi pendidikan, media, agensi kerajaan dan pemimpin untuk memahami serta menerapkannya sebagai amalan.

“Ia bermakna ketika krisis atau konflik melanda, kebersamaan dengan nilai kemanusiaan dan keinsanan akan terpelihara, bukan sebaliknya. Komuniti hari ini bersifat dinamik, tidak statik. Ramai mempunyai pelbagai saluran maklumat termasuk media sosial untuk mengetahui agenda keselamatan.

“Kontrak sosial baharu perlu membina ‘perlindungan’ tanpa dirobek ketaatan kepada negara berdaulat. Inisiatif baharu juga tidak boleh mengabaikan pertembungan pemikiran dan usaha mempertahankan nilai kenegaraan.

“Inisiatif kerajaan dan komuniti bergantung kepada apa yang komuniti mahukan, apa keperluan komuniti dan cara komuniti itu berfikir, kena bergerak sebagai satu negara, satu matlamat,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, memperkenalkan konsep CBSM bagi mengiktiraf sumbangan dan peranan komuniti.

Ismail Sabri dilaporkan berkata, komuniti harus bersedia menjadi mata dan telinga agensi kerajaan, khususnya pasukan penguatkuasa dalam mencegah sebarang bentuk ancaman kepada keselamatan negara.

Sementara itu, Sivamurugan menyambut baik inisiatif dilaksanakan kerajaan yang signifikan dalam mempertahankan apa dibina sepanjang kewujudan Malaysia.

“Kedaulatan negara, keamanan dan kesejahteraan tidak boleh dikompromi dalam apa juga keadaan.

“Keselesaan, kesejahteraan dan keselamatan adalah sumber kekuatan yang wajar disimpul bersama dengan inisiatif diambil kerajaan mahupun komuniti,” katanya. – Getaran, 2 Ogos Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perhebat Rondaan Di ESSZone, Guna Pesawat Pejuang - ESSCom

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu: PDRM Beri Jaminan Keselamatan Di Sabah Terkawal - Saifuddin

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Panorama Pantai Pasir Lanun Pikat Pengunjung, Aspek Keselamatan Perlu Dipertingkat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'