web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Dikesan 3 Hari, Warga Emas Maut Kereta Jatuh Gaung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 3:26PM

Misteri kehilangan seorang warga emas sejak tiga hari lalu terjawab apabila ditemui maut, setelah kenderaan dipandunya terjunam ke dalam gaung, pagi tadi. - Gambar dari Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan seorang warga emas sejak tiga hari lalu ketika dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu ke Pasir Gudang, Johor Bahru terjawab apabila dia ditemui maut, setelah kenderaan dipandunya terjunam ke  dalam gaung, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, maklumat berkenaan penemuan kereta dipandu lelaki berkenaan diterima daripada orang awam yang ternampak sebuah Perodua Myvi berwarna biru di kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing pada jam 9.10 pagi.

Beliau berkata, mangsa, Zahari Zakaria, 62, dilaporkan hilang oleh anaknya sehari selepas dia bertolak dari Kemaman, Terengganu menuju ke Pasir Gudang.

Katanya, mangsa gagal dihubungi selepas 24 jam dan anaknya membuat laporan polis berhubung perkara itu.

"Dalam kejadian Ahad lalu, kenderaan dipandu mangsa dipercayai terbabas ketika melalui jalan berselekoh di laluan tersebut," katanya hari ini.

Menurut Cyril, akibat kemalangan itu, kenderaan mangsa terbalik di tempat kejadian dan dia disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pakar perubatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian ketika memandu dan menyebabkan kemalangan maut. Namun kes masih dalam siasatan polis.

"Kami menasihatkan pemandu jalan raya lebih peka terhadap pemanduan ketika melalui jalan gelap, cuaca hujan dan berselekoh agar nahas dapat dielakkan," katanya.

Terdahulu, keluarga Zahari turut membuat hebahan di media sosial dengan meminta orang ramai mengesan bapanya yang gagal dihubungi sejak Ahad lalu.

Mereka mendakwa sudah menghubungi polis dan hospital tetapi tidak menerima sebarang laporan berkaitan Zahari.

Keluarga mangsa turut melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan kereta dipandu Zahari dengan nombor pendaftaran WC9129E terbabas di sepanjang laluan menuju ke Pasir Gudang. - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini