web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Idea Keluarga Malaysia Bukan Retorik - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 6:21PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Idea Keluarga Malaysia diilhamkan kerajaan hari ini bukan retorik tetapi semangat diterapkan dalam pentadbiran negara demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semangat Keluarga Malaysia itu harus disemarakkan kerana sesebuah institusi keluarga sentiasa berperanan memelihara agama, melindungi keselamatan, menjaga maruah dan memastikan nasib setiap ahlinya terbela.

Menurut beliau, dalam konteks negara, rakyat adalah satu Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia.

"Meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya, kita meraikan keterangkuman dalam perbezaan serta menjunjung tinggi semangat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

"Pelbagai gerak kerja dan usaha merentas kementerian serta agensi diatur bagi memudah cara pelaksanaan program dan inisiatif, untuk rakyat dengan pantas dan berkesan.

“Ini adalah usaha mencari kebersamaan agar pemegang taruh utama iaitu Keluarga Malaysia merasai nikmatnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di pekarangan Stadium Darul Aman dekat sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, keutamaan semua pihak ketika ini adalah memulihkan negara dan ekonomi tanpa mengira sesiapa pun yang ditimpa musibah.

Katanya, usaha memulihkan negara akan tercapai sekiranya rakyat memupuk, menyemai dan mempertahankan ciri-ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dimiliki.

"Bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, kuncinya ada di tangan kita semua, seluruh rakyat Malaysia.

“Ini kerana hanya dengan keharmonian saja kita mampu mendapatkan kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi.

"Oleh itu, saya mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk teguh bersama, menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang kalis cabaran," katanya. - Getaran 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jika Benar Usul Diterima RoS, Tunjuk Surat Sebagai Bukti - Ismail Sabri

2

Politik 1 tahun yang lalu

Ismail Sabri Kekal Ketua UMNO Bahagian Bera

3

Politik 1 tahun yang lalu

Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Ismail, Adil Ketika Jadi PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah