web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 7:30PM

Angka tertinggi itu direkodkan walaupun Ismail Sabri hanya memegang jawatan Perdana Menteri selama 14 bulan, lebih singkat berbanding Muhyiddin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjenamaan Keluarga Malaysia semasa kerajaan diterajui mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera-BN) adalah 341 kali ganda lebih mahal daripada penjenamaan Kerajaan Prihatin di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh-PN).

Angka tertinggi itu direkodkan walaupun Ismail Sabri hanya memegang jawatan Perdana Menteri selama 14 bulan, lebih singkat berbanding Muhyiddin yang menerajui kerajaan selama 17 bulan mulai Mac 2020.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali (Papar-GRS) berkata, lebih RM62 juta dibelanjakan untuk mempromosikan agenda Keluarga Malaysia.

Sebaliknya, penjenamaan Kerajaan Prihatian di bawah Muhyiddin menelan kos RM181,752.20 manakala Malaysia Madani di bawah pentadbiran, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun-PH) yang dilancarkan pada 18 Januari, membabitkan peruntukan sebanyak RM489,216 pada 30 Januari lalu.

“Berdasarkan rekod kewangan Jabatan Perdana Menteri, penganjuran program berkaitan penjenamaan semula kerajaan iaitu Kerajaan Prihatin, Keluarga Malaysia dan Malaysia Madani membabitkan peruntukan sebanyak RM62.8 juta.

“Jumlah perbelanjaan adalah berdasarkan program jelajah jerayawara yang dilaksanakan semasa pentadbiran Perdana Menteri kelapan (Muhyiddin) hingga kini,” katanya.

Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hasan (Sri Gading-PH) mengenai peruntukan dibelanjakan bagi penjenamaan kerajaan ketika pentadbiran Muhyiddin, Ismail Sabri dan Anwar, masing-masing dibawah konsep Kerajaan Prihatin, Keluarga Malaysia dan Malaysia Madani.

Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan pada 1 Mac 2020, manakala Anwar mengangkat sumpah Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November 2022 dan melancarkan Malaysia Madani pada 19 Januari lalu.

Menurut Armizan, hanya satu program Kerajaan Prihatin dilaksanakan semasa pentadbiran Muhyiddin berikutan negara ketika itu dilanda pandemik COVID-19 yang menyaksikan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Hanya satu program Kerajaan Prihatin dilaksanakan semasa pentadbiran Perdana Menteri Kelapan memandangkan negara berada dalam tempoh PKP,” katanya. – The Vibes, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global