web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jolokan Pak Long Mail Tepat, Anak Sulung Memang ‘Cool’ - MB Kedah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 8:00PM

Muhammad Sanusi Md Nor (dua kiri) menegaskan, Ismail Sabri selayaknya menerima pujian dan penghargaan. - Gambar oleh Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob layak menerima pujian dan penghargaan sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 21 Ogos 2021.

Menurut beliau, ini kerana Ahli Parlimen Bera itu bukan saja berjaya mengharungi fasa pandemik COVID-19 yang begitu getir tetapi juga kemelut politik dalam partinya.

"Pada hari ini, cukup tempoh setahun 11 hari perdana menteri mengemudi bahtera tanah air kita. Beliau selayaknya menerima pujian dan penghargaan.

"Pada hemat saya, beliau mampu menangani cabaran ini dengan tenang dan berwibawa. Tahniah sekali lagi Datuk Seri dan jolokan Pak Long Mail itu memang tepat kerana anak sulung memang 'cool'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kedah di pekarangan Stadium Darul Aman di sini, hari ini.

Ucapan itu dibuat sebelum Ismail Sabri naik ke atas pentas untuk merasmikan program tersebut.

Tidak berakhir di situ, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat turut menyampaikan pantun di akhir ucapannya, khas buat Naib Presiden UMNO itu.

Pantun yang turut dikongsikan di laman Facebooknya itu berbunyi:  

Dari Kedah ke Parit Sulong,

Menganyam rindu jarang bertemu,

Alangkah baik sikapmu Pak Long,

Ingin kami semua berlama-lama denganmu.

Pantun tersebut turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengikut Muhammad Sanusi sehingga ada yang menganggapnya mempunyai maksud tersirat. - Getaran 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki