web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Terkait 1MDB Sedang Disiasat, SPRM Tunggu ‘Lampu Hijau’ Kuwait

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 5:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat melakukan siasatan terhadap pembabitan individu di Kuwait berhubung isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jurucakap SPRM menegaskan, pihaknya sebagai antara peneraju utama dalam pemulihan aset menitikberatkan usaha untuk mendapat kembali aset serta wang yang hilang hasil penyelewengan 1MDB dan beberapa syarikat lain.

Jelasnya, setiap tindakan diteruskan dengan kerjasama agensi penguat kuasa luar negara, melibatkan aliran wang yang amat kompleks dan rumit.

“Sejak dua tahun lalu, SPRM telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Agensi Penguatkuasa Kuwait.

“Ketika ini, SPRM masih menunggu keterangan daripada pihak di Kuwait yang dimohon menerusi Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

“Perkara tersebut masih lagi dalam siasatan dan kajian pihak Kuwait,” katanya hari ini.

Jurucakap terbabit berkata demikian bagi merujuk kepada laporan sebuah portal berita berhubung siasatan membabitkan individu berkenaan.

Katanya, seperti kenyataan Pejabat Peguam Negara pada 16 Julai lalu, beberapa tawaran penyelesaian oleh Jho Low melalui wakilnya kepada kerajaan Malaysia telah ditolak sepenuhnya oleh Pejabat Peguam Negara.

“Semua pihak dimohon agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat umum yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya. - Getaran, 4 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad