web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Berkaitan Perubahan Iklim Dijangka Bentang Tahun Depan - Tuan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 2:24PM

Tuan Ibrahim Tuan Man. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang undang-undang berkenaan perubahan iklim dijangka akan dimuktamadkan pada hujung tahun ini dan bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun depan, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Beliau berkata perkara itu akan melibatkan semakan dan penambahbaikan kepada akta terbabit bagi memastikan pembangunan yang mampan untuk negara.

"Kita perlu segerakan (rang undang-undang berkenaan)…Isu perubahan iklim ini serius dan impak yang ketara ialah impak kepada bekalan makanan negara, contohnya bila berlaku kemarau baru-baru ini, bekalan air kita merosot dan beberapa kawasan pertanian kita terganggu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan ucapan di Simposium Perubahan Iklim 2022 anjuran Pejabat Ketua Pembangkang dengan kerjasama Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Parlimen di sini hari ini. 

Sementara itu, mengulas mengenai pasaran karbon sukarela (VCM) menurutnya Kabinet telah meluluskan Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) sebagai badan yang menguruskan perkara itu.

"Bagi Bursa Malaysia mereka dah bersedia sebenarnya dan telah membangunkan pelan itu tetapi kita terpaksa patuhi apa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)," katanya.

Sebelum ini dilaporkan Bursa Malaysia akan melancarkan VCM pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat membeli kredit karbon secara sukarela daripada projek dan penyelesaian mesra alam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

Luar Negara 5 bulan yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Israel Terhadap Pusat Agihan Makanan PBB Di Rafah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 59 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 29 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'