web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saksi Kemalangan Langgar Lari Penunggang Basikal Dicari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 3:50PM

Siasatan awal mendapati mangsa berada di tengah jalan dan dipercayai ingin menyeberang jalan sebelum basikalnya bergesel dengan sebuah kenderaan. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Polis meminta pengguna jalan raya yang menyaksikan insiden kemalangan maut di Jalan Pelabuhan Barat menghala ke Port Klang Free Zone (PKFZ), melibatkan seorang penunggang basikal dan sebuah kenderaan di sini pagi tadi, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, nahas yang berlaku pada jam 8 pagi itu mengorbankan seorang lelaki semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berada di tengah jalan dan dipercayai ingin menyeberang jalan sebelum basikalnya bergesel dengan sebuah kenderaan tidak dikenal pasti.

“Pergeselan itu menyebabkan mangsa terjatuh di tengah jalan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Vijaya Rao berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat.

“Siasatan masih dijalankan berdasarkan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan kes tersebut.

Katanya, saksi boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Syahirah Kamsani di talian 012-4470162. - Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka