web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekat Rakyat Malaysia 40 Tahun Ke Bawah Kerja Di 3 Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Sep 2022 6:00PM

Hishamuddin Hashim (tengah) ketika ditemui media di Kementerian Luar Negeri bagi menyerahkan memorandum berhubung isu rakyat Malaysia yang terkandas akibat menjadi mangsa sindiket pekerjaan . - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan digesa mengenakan sekatan perjalanan terhadap rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke bawah untuk mencari pekerjaan di Myanmar, Laos dan Kemboja buat sementara waktu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, terdapat keperluan untuk perkara itu dipandang serius agar tiada lagi rakyat Malaysia terkandas di ‘negara orang’, akibat ditipu sindiket pekerjaan dan dipaksa melakukan ‘kerja haram’.

Katanya, MHO menerima aduan daripada pihak tertentu, termasuk ahli keluarga mangsa mengenai penipuan pekerjaan membabitkan sindiket di Myanmar, Laos dan Kemboja.

Malah, katanya, sindiket terbabit menggunakan modus operandi mahukan ‘muka baharu’ warganegara Malaysia sebagai jaminan bagi menggantikan rakyat yang terkandas, sebelum dibenarkan pulang ke tanah air.

“Sindiket ini kalau kamu nak balik (mangsa terkandas), mereka kena bawa kira-kira lima orang mangsa (baharu) untuk ke sini.

“Saya minta Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (IMEGRESEN) halang rakyat Malaysia berumur bawah 40 tahun untuk pergi ke Myanmar, Laos dan Kemboja buat sementara waktu untuk kita selamatkan dahulu mereka yang terkandas dan bakal menjadi mangsa penipuan.

“Harus ketatkan perjalanan orang Malaysia jika mereka (syarikat didakwa menawarkan pekerjaan) tiada bukti gaji atau tidak tersenarai dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jangan benarkan, (buat) seperti langkah diambil Taiwan dan Indonesia yang menghalang rakyat agar tidak menjadi mangsa kepada sindiket penipuan kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Kementerian Luar Negeri bagi menyerahkan memorandum berhubung isu serius terbabit agar tindakan segera diambil kerajaan.

Turut hadir, Penasihat MHO, Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi.

Dalam pada itu, Hishamuddin menggesa Malaysia menggunakan platform tertinggi, seperti persidangan ASEAN dalam membincangkan permasalahan berkenaan yang boleh membahayakan keselamatan dan ‘meragut nyawa’ rakyat tempatan di negara asing.

Beliau berkata, sekiranya usaha itu tidak direalisasikan atau menggunakan saluran biasa, kegiatan sindiket tersebut berkemungkinan lebih berleluasa dan pihak terbabit semakin berani, sekali gus tidak mampu diselesaikan.

“Beri tekanan kepada ketua negaranya menerusi medium ASEAN disebabkan sindiket di sana dilindungi pihak berkuasa. Rahsia ini semua orang dah tahu dan berapa lama lagi ia mahu diselesaikan, takkan nak tunggu rakyat Malaysia dibunuh baru sibuk nak ambil tindakan.

“Mereka ini Keluarga Malaysia umpama keluarga kita sendiri. Isu ini perlu kebersamaan semua pihak disebabkan ia melibatkan rakyat kita ditahan dan diseksa. Kerajaan perlu gunakan segala mekanisme yang ada untuk menolong keluarga mangsa menyelesaikan permasalahan terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut, menerusi hasil pendedahan keluarga, Hishamuddin berkata, mangsa diperdaya sindiket itu dengan pelbagai janji dan modus operandi, termasuk menawarkan gaji lumayan.

“Apabila berada di sana, mereka ini akan disuruh bekerja secara paksa, diugut dan diseksa sindiket tersebut. Apabila ingin pulang, mereka perlu membayar kira-kira RM70,000 sehingga RM100,000 untuk dilepaskan

“Terdapat antara mangsa di sana dipercayai dijual semula kepada agen atau syarikat lain, malah ada pihak menjual mereka dari satu negara ke negara.

“Mereka dipaksa melakukan pekerjaan haram, seperti menjadi scammer, judi dalam talian dan diugut, dipukul serta dijual sekiranya tidak mencapai sasaran ditetapkan,” katanya. – Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Rusuhan Di Bangladesh: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Suruhanjaya Tinggi

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Wisma Putra Pantau Rapat Insiden Tembakan Masjid Di Oman

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini