web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Penunggang Kepala Angin’ Tendang, Tumbuk Cermin Sisi Kereta Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 8:31PM

Keadaan kereta yang dirosakkan seorang penunggang motosikal 'kepala angin'. - Gambar ihsan Facebook Polis Daerah Ampang Jaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merosakkan cermin sisi sebuah kenderaan kerana bengang pemandunya menukar laluan tanpa memberi isyarat dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 menghala ke Lebuhraya AKLEH, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 35 tahun itu yang bekerja sebagai pemandu ditahan di Sungai Buloh pada jam 10.15 malam semalam.

“Ketika kejadian, mangsa memandu kereta jenis BMW X3 di Jalan Lingkaran Tengah 2 menghala ke Lebuhraya AKLEH, manakala suspek menunggang motosikal jenis Yamaha LC datang dari arah belakang sebelah kiri membunyikan hon, sebelum berhenti di sebelah kenderaan mangsa serta memarahinya (kerana menukar laluan).

“Apabila mangsa ingin keluar berbincang dengan suspek, lelaki itu didakwa cuba menutup pintu kenderaan mangsa dengan kasar dan tidak memberi kerjasama,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, mangsa seorang arkitek berusia 45 tahun, kemudian mendakwa suspek memberitahu ingin bergaduh di hadapan kerana masih tidak berpuas hati sebelum mereka masing-masing beredar.

Namun, Mohamad Farouk berkata, mangsa mendakwa melihat suspek menunggang dengan laju menerusi cermin pandang belakang dan kemudian menendang serta menumbuk cermin sisi kenderaannya hingga pecah, sebelum melarikan diri.

Justeru, katanya, mangsa membuat laporan polis pada hari sama dan susulan itu, pihaknya menahan suspek dan merampas pakaian serta motosikal digunakan semasa kejadian.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat salah faham semasa mangsa mengubah laluan tanpa memberi lampu isyarat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka