web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wujudkan Moratorium Khas Buat PMKS - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2022 11:14AM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan supaya kerajaan mempertimbang pelaksanaan moratorium khas bagi sektor Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).  

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia perlu dilaksanakan berikutan sektor terbabit masih belum pulih sepenuhnya dan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR).  

Katanya, pengusaha PMKS akan menanggung beban hutang semakin tinggi dan mengambil masa lebih lama untuk memulihkan kembali perniagaan mereka.  

“Sektor PMKS penting kerana ia mewakili hampir 96 peratus kegiatan ekonomi negara.  

“Saya sudah mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan moratorium khas untuk sektor PMKS,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.  

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kira-kira 50 peratus rakyat ketika ini bergantung kepada sektor PMKS untuk bekerja dan menghasilkan sumber pendapatan.  

“Seperti mana pelaksanaan moratorium sebelum ini, bank di negara kita tidak mengalami kerugian pun.

“Jadi apalah salahnya kerajaan sekali lagi berbincang dengan institusi kewangan supaya memperkenalkan moratorium khas untuk PMKS.

“Saya harap cadangan ini diberikan perhatian serius oleh kerajaan,” katanya.  

Terdahulu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Ia adalah kenaikan kali ketiga berturut-turut tahun ini untuk kadar penanda aras pinjaman dan simpanan sejak Mei dan Julai lalu, dengan masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus, berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelum ini.

Susulan peningkatan itu, kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan, masing-masing kepada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.

BNM dalam kenyataan berkata, ekonomi global terus berkembang, meskipun pada kadar sederhana, disebabkan tekanan kos semakin meningkat, keadaan kewangan global lebih ketat dan langkah pembendungan ketat di China.

Katanya, tekanan inflasi kekal tinggi disebabkan oleh harga komoditi semakin meningkat dan pasaran pekerja ketat, meskipun keadaan rantaian bekalan global semakin bertambah baik. - Getaran, 11 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

2

Sukan 7 bulan yang lalu

Safawi, Akhyar Sah Bersama TFC

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Lebih 15,000 Peminjam Hijrah Selangor Tidak Bayar Pinjaman

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Lebih 42,000 Pelajar Bakal Terima Wang Pendahuluan Pinjaman - PTPTN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global