web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 15,000 Peminjam Hijrah Selangor Tidak Bayar Pinjaman

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Nov 2023 5:56PM

gambar FB Hijrah Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini bahawa lebih 15,000 peminjam atau 22 peratus daripada keseluruhan peminjam program Hijrah Selangor tidak membayar pinjaman dengan nilai tunggakan mencecah RM135 juta.

Exco Beliau, Sukan dan Keusahawanan negeri, Najwan Halimi berkata program itu telah menyalurkan pinjaman kepada seramai 58,885 orang dengan pembiayaan dikeluarkan berjumlah RM780 juta.

"Setakat ini, 78 peratus telah membayar balik pinjaman dan bakinya 22 peratus peminjam masih berdegil,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Sijangkang) yang ingin mengetahui status terkini program Hijrah Selangor dan jumlah peminjam serta hutang tertunggak mengikut daerah.

Najwan berkata, setakat 30 September lalu, Petaling merekodkan jumlah tunggakan tertinggi iaitu RM37.8 juta diikuti Hulu Langat (RM25.7 juta) dan Gombak (RM18.2 juta).

Beliau berkata, kerajaan negeri merancang untuk mengkaji semula beberapa sudut pembayaran dan mengenal pasti kelompongan dari segi kutipan.

Sementara itu, Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim berkata, kerajaan Selangor memperuntukkan hampir RM6 juta bagi memasang 790 lampu jalan solar diod pemancar cahaya (LED) di seluruh negeri sejak tahun lepas.

"Kriteria pemilihan lokasi bagi pemasangan lampu solar tersebut adalah seperti tiada punca bekalan kuasa dan kawasan vandalisme atau tinggi kadar kecurian.

"Pemasangan juga tertumpu kepada lokasi yang kerap berlaku kemalangan, simpang terpencil, jambatan dan luar kawasan rintis Tenaga Nasional Bhd," katanya menjawab soalan Mariam Abdullah Rashid (PH-Meru).

Menjawab soalan tambahan Sallehen Mukhyi (PN-Sabak) mengenai masalah ketiadaan lampu jalan, Izham menjelaskan kecurian kabel menjadi punca utama banyak lampu tidak bernyala.

"Jenayah curi itu berlaku di semua tempat dengan pemasangan kabel tersebut mengambil tempoh masa yang lama. Masalah lampu jalan adalah menggunakan kabel, apabila kabel dicuri sebab itu banyak tiang namun lampu tiada.

"Sebenarnya setiap jalan sudah ada lampu kerana ini termasuk dalam aspek pembinaan jalan raya. Jadi, hendak tampung lampu-lampu ini kita laksanakan Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Selangor," katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

2

Sukan 7 bulan yang lalu

Safawi, Akhyar Sah Bersama TFC

3

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Lebih 42,000 Pelajar Bakal Terima Wang Pendahuluan Pinjaman - PTPTN

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

KPT Nafi Syarat Ketat Pinjaman, Biasiswa Faktor Lepasan SPM Tidak Lanjut Ke IPT

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global