web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anggaran 6,000 Penunggang Motosikal Maut Setahun, Peraturan Ketat Harus Dilaksana Segera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Sep 2022 9:36AM

Usaha memperketatkan peraturan itu juga bagi membendung aksi berbahaya dalam kalangan penunggang motosikal. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sepatutnya tidak berlengah dalam memperketat peraturan atau undang-undang jalan raya dan lalu lintas, memandangkan negara merekodkan kira-kira 6,000 kematian membabitkan pengguna motosikal setiap tahun, termasuk berkaitan ‘salah laku’ ketika menunggang.

Usaha memperketatkan peraturan atau undang-undang itu juga bagi membendung aksi berbahaya dalam kalangan penunggang motosikal.

Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, langkah itu perlu dilaksanakan, terutama dalam keadaan terdapat penunggang motosikal, khususnya anak muda ketika ini menggunakan kenderaan itu untuk menunjukkan kehebatan, selain cuba mencabar pihak berkuasa.

“Ini sahaja caranya (membendung salah laku penunggang), kalau nak sekat beli motosikal tidak boleh. Kenderaan ini sebenarnya adalah ‘alat pembunuh’. 

“Di Malaysia, ramai terkorban disebabkan motosikal. Bayangkan kalau purata 6,000 setiap tahun, tidakkah kita kehilangan ramai orang muda.

“Mereka (menunggang secara berbahaya) dilihat menggunakan motosikal untuk hiburan bukan untuk mencari rezeki. Merempit itu membuang masa dan menyakitkan telinga (pengguna jalan raya),” katanya kepada Getaran. 

Bagaimanapun, Rozmi berkata, advokasi kepada rakyat perlu dilakukan terlebih dahulu agar mereka memahami sepenuhnya kepentingan kerajaan menguatkuasakan undang-undang di jalan raya. 

“Kerajaan perlu isytihar terlebih dahulu kepada orang ramai seperti mana ketika melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam. 

“Lepas dah lakukan ia lebih kurang sebulan atau dua bulan bolehlah dilaksanakan sepenuhnya. Apapun, maklumkan terlebih dahulu kepada rakyat agar mereka memahami,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan tindakan ‘tidak masuk akal’ seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya.

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, lelaki terbabit secara bangganya memaparkan aksi menunggang motosikal dengan melalui bawah lori.

Tindakan itu dikecam hebat netizen yang menyifatkannya sebagai mempamerkan kebodohan diri di media sosial.

“Kalau dah bersepah tu, cakap lori yang salah...bodoh punya manusia,” ciap Mohamad Hibri Syafiq di Twitter.

“Kalau dah ‘mampus’ menyusahkan orang nak kutip cebisan (mayat),” komen lamir. 

“Woi, cari nahas…mat salleh bikin dia pun nak bikin, elok polis tahan dia cepat supaya jangan ada yang lain pun (kata) ‘kalau dia boleh buat, aku pun nak buat jugalah nanti’,” luah Norhisyam Hasim. 

“Bagus kau ini, memang patut selit bawah tayar itu...kau ingat ini benda buat main ke,” perli Nurrul Adha di Twitter. 

Aksi berbahaya seperti itu yang sering dikaitkan dengan kumpulan mat rempit, semakin berleluasa dan pelaku berani menunggang secara berbahaya sehingga mengancam nyawa pengguna jalan raya lain. 

Bagi memastikan mereka dapat melakukan aksi itu, golongan terbabit gemar mengubah suai motosikal mereka untuk menunjukkan kehebatan masing-masing di jalan raya. 

Lantaran itu, Ketua Aktivis Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat (PPDM), Kamarudin Mohd Hussain menggesa kerajaan mengharamkan kemasukan alat ganti pengubahsuaian demi mengelakkan pemilik melakukan ubah suai terhadap motosikal mereka.

Menurut beliau, kerajaan perlu adil untuk tidak hanya menghukum rakyat semata-mata, sebaliknya memberi ‘kuasa’ kepada penguatkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik bengkel yang menawarkan pengubahsuaian alat ganti motosikal. 

“Jika benar kerajaan ingin menyelesaikan isu terbabit, lebih baik mengharamkan kemasukkan alat ganti pengubahsuaian dan bukannya menzalimi rakyat sendiri.

“Tidak adil jika hanya pemilik kenderaan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan hanya tahu menghukum, tetapi dalam masa sama kerajaan yang bertanggungjawab membenarkan alat ganti pengubahsuaian dibawa masuk ke negara ini dan dijual kepada rakyat,” katanya. - Getaran, 17 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad