web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Penganggur Edar Dadah Dicekup, Polis Rampas 5.4 Kg Syabu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 7:53PM

Satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu seberat 5.4 Kg didalangi empat lelaki tempatan tumpas. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Satu sindiket pengedaran dadah didalangi empat lelaki tempatan tumpas, selepas mereka diberkas ketika sedang menyerahkan syabu kepada pelanggan di Taman Sri Sentosa, di sini Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, polis juga berjaya merampas lima bungkusan syabu seberat 5.4 kilogram susulan penahanan kesemua suspek yang berusia antara 34 hingga 43 tahun itu.

Menurut beliau, bekalan dadah itu dipercayai diperoleh dari utara tanah air.

“Kesemua dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan pasaran di sekitar ibu negara dan boleh digunakan oleh 10,760 penagih.

“Nilai rampasan syabu itu dianggarkan bernilai RM193,680 dan ketika ditangkap, mereka sedang menyerahkan bahan terlarang itu kepada seorang penagih,” katanya hari ini.

Yahaya berkata, siasatan awal mendapati, sindiket terbabit mula bergerak aktif sejak empat bulan lalu dan hanya membekalkan dadah kepada pelanggan yang dikenali bagi mengelakkan kegiatan tersebut dihidu pihak berkuasa.

“Kesemua suspek berkenaan tidak ada pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan terlarang itu sebagai punca pendapatan utama.

“Selain itu, tiga daripada suspek juga telah beberapa kali ditangkap atas kesalahan dadah sebelum ini dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan narkotik,” ujarnya.

Beliau memberitahu, saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati tiga daripada suspek positif dadah jenis ganja.

“Kesemua mereka kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 26 September ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan,” katanya. - Getaran, 21 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'