web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Guan Eng Boleh Datang Ke Pejabat Saya Dengan Bukti' - Saravanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 4:33PM

M Saravanan - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sudah menetapkan tarikh untuk Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hadir bertemu dengannya dan menunjukkan bukti bahawa beliau gagal menangani masalah kekurangan buruh asing di negara ini.

Menerusi satu temu bual hari ini, Saravanan mengemukakan jemputan untuk Guan Eng bertemu dengan beliau di pejabat Menteri Sumber Manusia di Putrajaya pada 5 Oktober nanti.

Saravanan berkata, gesaan Guan Eng baru-baru ini supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri sekiranya kelemahan dalam pengurusan kementerian itu dapat ‘dibongkar’, menunjukkan pemimpin DAP itu tidak memahami peranan kementerian berkenaan.

Menurut Saravanan, mulai April tahun ini hingga kini, semua memorandum persefahaman (MoU) berkaitan buruh migran sudah diselesaikan dengan negara sumber.

Tambahnya, semua kuota membabitkan 14 negara sumber itu sudah ditetapkan.

“Apa lagi yang perlu dilakukan kementerian? Adakah ia perlu menghantar kapal (ke negara sumber) untuk membawa masuk pekerja?

“Saya sudah meminta Guan Eng untuk menghadiri mesyuarat pada tarikh ditetapkan dan akan menghantar surat rasmi kepada beliau.

“Beliau mesti membawa bukti kelemahan kementerian ini. Jangan bawa drama politik, bawa bukti di mana silap kita,” katanya.

Semalam, Guan Eng mengingatkan Saravanan mengenai cabaran peletakan jawatan antara kedua-dua mereka dengan memaklumkan, beliau sudah menunggu 10 hari untuk mendapatkan maklum balas daripada orang nombor satu kementerian terbabit.

Peringatan itu dibuat selepas Guan Eng menerima cabaran Saravanan untuk membuktikan adakah kementeriannya melakukan sebarang kelemahan dalam menangani kekurangan pekerja yang teruk pada 15 September,” katanya. - The Vibes, 27 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka