web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kadar Pengangguran Menurun, Inisiatif Jamin Kerja Sedia 260,000 Peluang Pekerjaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 2:05PM

Inisiatif Jamin Kerja telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 3.7 peratus pada Julai lalu berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020 ketika pandemik COVID-19 melanda negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 260,000 pekerjaan disediakan menerusi inisiatif Jamin Kerja yang diperkenalkan kerajaan setakat 31 Julai lalu.

Jurucakap Kementerian Kewangan (MOF) berkata, perkara itu telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 3.7 peratus pada Julai lalu berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020 ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

Katanya, bagi Bajet 2023 pula, tema yang dipilih ialah “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama” dan ianya berpaksikan kepada empat fokus.

“Empat fokus tersebut adalah kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan

"Rakyat disaran mengikuti pembentangan Bajet 2023 yang akan disiarkan secara langsung di televisyen pada jam 2.30 petang, 7 Oktober ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini. 

Beliau berkata, Belanjawan 2023 itu akan dibentangkan pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2022) yang bermula pada 3 Oktober depan.

“Takwim sebelum ini bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022 (31 hari) bagi Dewan Rakyat dan 8 hingga 22 Disember 2022 (sembilan hari) bagi Dewan Negara selepas dipersetujui Jemaah Menteri.

“Takwim baharu yang dicadangkan adalah pada 3 Oktober hingga 29 November 2022 bagi Dewan Rakyat (32 hari) dan 21 November hingga 7 Disember 2022 (11 hari) bagi Dewan Negara, dipercepatkan 23 hari daripada takwim asal,” katanya. 

Jelas beliau, perubahan ini berikutan terdapat keperluan untuk kerajaan meminda takwim Mesyuarat Ketiga ini bagi membolehkan pembentangan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2023 dipercepatkan. - Getaran, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Bagi Pastikan Syarikat Minyak Bersedia – MOF

2

Semasa 3 bulan yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

4

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'