web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Surat 12 Menteri PN Kepada Agong Tak Gugat Keabsahan Kerajaan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 1:04PM

Ismail Sabri pada sidang media ketika menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keabsahan kerajaan masih utuh walaupun 12 anggota Kabinet daripada Perikatan Nasional (PN) menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah pembubaran Parlimen pada tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, surat itu yang ditandatangani oleh menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS, tidak menandakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan beliau.

“Mereka hanya menulis surat membantah pembubaran Parlimen (tahun ini) dan tidak menyebut mengenai peletakan jawatan dan kuasa untuk membubarkan Parlimen adalah bidang kuasa Perdana Menteri dan Yang Di-Pertuan Agong.

“Jadi, isu keabsahan kerajaan tidak timbul, kerana sokongan daripada ahli Dewan Rakyat masih utuh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Tambah beliau, hilang keabsahan terhadap perdana menteri hanya boleh dicetuskan jika Ahli Parlimen secara rasmi menarik balik sokongan mereka terhadapnya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Ramai mereka yang tidak faham Perlembagaan hanya bercakap tanpa (konteks yang betul) Perlembagaan.

“Jika ahli Dewan Rakyat menarik balik sokongan, kurang daripada 114 atau majoriti mudah, maka kerajaan akan tumbang seperti yang berlaku dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebab itu seluruh Kabinet kemudiannya terpaksa meletakkan jawatan tetapi jika tiada Ahli Parlimen menarik balik sokongan mereka sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan, maka tidak timbul isu,” katanya.

The Vibes sebelum ini melaporkan kesemua 12 anggota Kabinet PN telah menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan mengadakan pilihan raya umum ketika musim tengkujuh.

Daripada 12 menteri PN, 10 adalah Ahli Parlimen, manakala dua lagi senator.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan surat itu sebagai “tidak wajar” dan menunjukkan bahawa terdapat kehilangan keyakinan terhadap Ismail Sabri yang didesak parti itu untuk mengadakan pilihan raya umum segera.

Beberapa pemerhati politik juga berpandangan bahawa menteri yang menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong perlu meletakkan jawatan.

Melainkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terdapat ahli politik bersetuju bahawa PRU-15 tidak patut diadakan tahun ini bagi mengelak musim banjir dan segelintir lagi enggan mengulas perkara itu berikutan landskap politik yang retak antara UMNO, BERSATU dan PAS.

Seorang pemimpin PAS dan salah seorang yang menandatangani surat itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Idris Ahmad memberitahu pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul hari ini bahawa parti komponen PN itu masih menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Ismail Sabri turut mengelak menjawab soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan sebelum Bajet 2023 yang dibentangkan Jumaat lalu diluluskan.

“Saya takut apa-apa yang saya katakan pada masa ini hanya spekulasi, jadi tunggu sahaja,” katanya. - The Vibes, 9 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi